Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Wednesday, September 7, 2011

HARI INI.....


Hidup untuk hari ini


Hidup untuk hari ini!!.. sekadar berkongsi bersama. Ia terkandung dalam beberapa bahagian dalam buku  (seperti di atas). Kenapa pentingnya menyatakan ‘hidup untuk hari ini?’. Apa istimewa?... Apa tersirat?… Ia adalah kata-kata yang perlu anda setkan pada diri untuk menjalani kehidupan dengan penuh gembira. Dalam buku ini juga turut menyatakan kiranya anda memikirkan tentang semalam yang mana mungkin semalam anda telah mengalami kegagalan, semalam ada banyak kerja yang anda tidak dapat siapkan dan hari ini bagaimana agaknya?... Tentu anda bimbang kerana hari ini masih banyak tugasan yang sedang menanti dan kerja semalam MESTI disiapkan. Kenapa tidak perlu memikirkan tentang esok? Ya…. untuk gembira jangan fikirkan tentang esok kerana esok, rutin menanti anda seperti biasa dan jadual anda masih penuh tiada ruang untuk bergoyang kaki dan bergembira. Kerja tidak pernah habis, hutang masih belum habis dibayar dan macam-macam lagi.


Jadi?... pakar psikologi di dalam buku ini menyatakan bahawa setiap hari anda fikir untuk hidup untuk hari ini, jangan fikir tentang semalam dan masa akan datang, kerana minda anda akan setkan anda terlalu banyak tanggungjawab. Cuba bayangkan beberapa tahun akan datang, harga minyak akan terus meningkat, sedangkan gaji anda masih ditakuk lama, tentu anda resah bukan?. Anda ingin membeli insurans kerana anda takut pada masa depan anda tidak mampu membayar perbelanjaan perubatan, tetapi pendapatan anda hanya mampu untuk membeli keperluan rumah sahaja. Itupun anda menyatakan pada diri “bajet, bajet, bajet, nanti tak cukup”. Maka tentu kalut hidup anda sekiranya anda terpaksa memikul perkara semalam, hari ini dan juga esok.


Happy the man, and happy he alone,


He, who can call to-day his own:


He who, secure within, can say:


“Tomorrow, do thy worst, for I have lived today.”


(How to STOP WORRYING and START LIVING:29)


Bagaimana kita boleh berfikir tentang hidup untuk hari ini sahaja, bukankah pengurusan yang strategik mesti memandang jauh?. dengan terus membacanya untuk memahami dengan lebih lanjut, dan hmmmmm… sebenarnya bagi anda yang terbeban dengan masalah dan kerisauan, maka kata-kata seperti itu akan mengurangkan beban dan anda akan lebih berasa lapang. Teringat saya akan sebuah hadis yang mafhumnya:


“beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok, dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”.


Cuba anda dalami makna tersirat hadis tersebut, bukankah ada dua perkara yang berbeza iaitu beramal seolah-olah kita akan mati esok, jadi tentu kita akan melakukan sesuatu bersungguh-sungguh tanpa memikirkan masalah lain. Perkara kedua adalah bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi. Kedua-dua perkara ini mendorong kita untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.


Bagaimana untuk menerapkan perkara seperti ini dalam hidup anda?. Tentu sukar bukan?. Anda sudah terbiasa membuat perancangan, bahkan untuk masa depan anak-anak, rumah dan sebagainya. Perancangan untuk 20 tahun akan datang, rentetan dari itu jugalah anda sering merasakan ketidakcukupan dalam segala aspek. Di saat kita rasa tertekan dengan terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan, diam sejenak dan fikirkan apa yang anda akan dan mesti lakukan esok dan tugasan hari ini selesaikan hari ini. Pengurus yang bijak tentu tahu mana tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.


Terfikirkah anda apa yang kita lakukan, harta yang kita kumpulkan bukan untuk kita. Bila kita telah meninggal kita tinggalkannya untuk anak-anak kita, suami, isteri dan saudara terdekat. Sedangkan selama ini kita kumpul, kita kejar sampai kita tiada masa untuk rehatkan minda kita. Lapangkan dada kita dan berikan ketenangan untuk diri sendiri, kita sibuk mengumpul dan memberi kesenangan kepada orang lain hingga mengabaikan hak kita.


Jika kita dapat memberi ruang dan kelapangan kepada diri sendiri tentu anda tidak begitu rungsing tentang banyak perkara. Jangan bebankan minda anda pada sesuatu yang tak pasti. Apa yang penting anda lakukan yang terbaik setiap hari sebagaimana yang anda rancangkan dan natijahnya tentu anda mendapat yang terbaik sepanjang perjalanan hidup anda.


Perkara seperti inilah yang perlu kita terapkan dalam diri agar apa yang kita lakukan adalah yang terbaik pada hari ini dan esok adalah yang terbaik pada hari tersebut. Maka, setiap hari anda akan lalui hari-hari yang penuh manfaat untuk diri dan orang tersayang. Hari-hari yang terbaik yang telah anda lakukan.



Jika anda menyedari akan hakikat kematian, pastinya hari ini tidak akan anda lepaskan.

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).” Surah Al-Baqarah ayat 28.

SALAM PERJUANGAN UNTUK TEAM AUW...


Semoga kita sentiasa manfaatkan masa yang telah diberikan untuk kita...

1) dapat memberi sedekah seikhlas hati dengan apa yang kita usahakan...

2) Sama2 memanfaatkan ilmu 9/10 yang kita amalkan bersama2 untuk kita dan generasi akan datang.... 

3) semoga kita dapat mendidik anak2 dan keturunan kita menjadi anak yang soleh dan solehah...


AMINNNN....


Sesungguhnya.....



“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers