Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Friday, August 26, 2011

BERUBAH atau REBAH



Ketahuilah saudaraku..orang mukmin selalu dituntut oleh Agama Islam melakukan perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik. Perubahan boleh dilakukan dalam apa jua urusan, sama ada urusan di rumah, tanggungjawab di tempat kerja, tanggungjawab sebagai ibubapa atau tanggungjawab sesama jiran tetangga, semuanya harus dilakukan dengan baik.

Kita hendaklah selalu berazam "bahawa hari ini lebih baik daripada semalam" dan "esok akan lebih baik daripada hari ini". Jika kita berpegang kepada "prinsip" di atas ianya akan menjadi satu motivasi kepada diri kita untuk berusaha berubah menjadi lebih baik dalam apa jua yang kita lakukan.

Ketahuilah saudaraku..sebagai seorang manusia yang normal, kita mestilah berusaha dalam memenuhi tututan hidup di dunia ini, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir dan qadak serta qadar Allah semata-mata. Berusahalah tanpa jemu, kerana itu tuntutan yang dianjurkan oleh Agama Islam. Firman Allah s.w.t yang mengingatkan hambaNya:


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar-Ra'd:11)

Ketahuilah saudaraku...kadangkala keupayaan seseorang itu amat terbatas. Tetapi jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak mahu melakukan perubahan menjadikannya lebih baik. Berusahalah dengan kadar termampu. Kita tidak boleh berserah kepada takdir, sebelum berusaha bersungguh-sungguh.

Ketahuilah saudaraku...jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, kita tidak akan tahu kemampuan diri kita sendiri. Ini sesuai dengan Firman Allah:

" Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya'" (Al-Baqarah:286)

INSYAALLAH...masih punya kesempatan



Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa berlalu pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan 1433H. Ada tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencari Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu  yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikafdi Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 
Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu Malam Lailatul Qadar sila baca entri “Aku Jumpa Lailatul Qadar”  dan “Kembara Mencari Lailatul Qadar“.

Wednesday, August 24, 2011

segalanya di hujung JARI!!!!





Kini semua orang mencari sumber pendapatan tambahan. Bila ditanya, ramai yang mengatakan kos perbelanjaan lebih tinggi daripada pendapatan individu. Saya juga setuju dengan pendapat umum. keadaan di sekeliling kawasan pekan dan bandar di dapati amat agresif. kelihatan orang ramai terlibat dalam niaga kecil-kecilan, melalui internet, pemasaran produk dan orang perantaraan(Agen).ramai juga memikirkan "bukan semua berjaya" tapi perlu di ingat belum cuba belum tahu...

dan KEJAYAAN adalah dari KEGAGALAN...yessss....cam cik sazzy kita ni cakap....ai likeeeeee...saya pun nak sayang hubby saya....hehe



Kini perkara begini sudah biasa di kalangan orang kita.Saya juga pernah mengalami benda yang sama. Ini mendorong saya untuk memberi serba sedikit panduan mencari kerja dengan bijak. Daripada kajian saya, kerja tetap dan sambilan wajib untuk golongan muda dan yang berumah tangga. Bersyukur kerana peluang pekerjaan memang luas di Malaysia. Hanya di atas diri kita sendiri untuk memilih pekerjaan yang sesuai dan mempunyai masa depan yang cerah. saya ingin menekankan supaya orang ramai membuka minda melihat negara-negara yang berjaya. Alhamdulilah dengan blog AUWpremiumbeautiful adalah satu sumber pendapatan kini. Ia tidak kira usia, tua atau muda sama sahaja cuma yang penting MAHU bukan MALAS!!!




so fikirkanlah sendiri....Benarlah dan tidak dapat di nafikan lagi, kekal dulu, kini dan akan datang......
*
*
*
*
*
"kalau hendak kaya....pilihlah perniagaan"





Sunday, August 21, 2011






Lemah atau futur - Dua perkataan yang sering menjadi halangan kita lebih-lebih lagi apabila kita bergelar daei atau mukallaf. Kenapa saya memilih 2 personaliti iaitu lah 'daei' dan 'mukallaf'? Sebabnya jelas.. kerana 2 profesion inilah yang sering berdepan dengan cabaran yang berat dan memungkinkan mereka mengalami masalah lemah dan futur.
(Daei: Orang yang menyeru ke jalan dakwah.. Kitalah...)
(Mukallaf: Orang yang terbeban di atasnya tanggungjawab... dan kitalah juga...)
Saya pernah membaca buku tulisan Fathi Yakan.. "Mutasaqitun fi Tariq ad-dakwah" yang bermaksud 'mereka yang jatuh di jalan dakwah. Isinya saya rasakan cukup 'mengenakan' diri sendiri. Masalah lemah atau futur atau saqit bukanlah fenomena baru. Malah ia telah lama berlaku sejak zaman para sahabat lagi. Contohnya ketika Perang Tabuk, di mana beberapa orang sahabat seperti Kaab bin Malik dan beberapa orang lain bertangguh dari bersiap sedia untuk berperang dan akhirnya ditinggalkan oleh rombongan tentera Islam. Sikap Kaab bin Malik ketika ini yang dikatakan 'bermudah-mudahan' dengan perintah Allah telah dianggap salah satu contoh futur yang berlaku pada zaman Rasululullah. 


Akhirnya sekembalinya Rasulullah dari medan perang, beliau pergi menemui Rasululullah untuk mengungkap kata maaf, namun apa yang dijawab oleh Rasulullah ketika itu? "Tunggulah sehingga Allah memberi keputusan terhadap kamu"(Petikan dari Bukhari dan Muslim). Dalam pada itu Rasulullah turut mempunyai cara baginda sendiri untuk memberi pengajaran pada sahabat-sahabat ini sehinggakan anda sendiri pasti tersentuh jika membaca hadis sahih ini dan membayangkan diri anda di tempat Kaab bin Malik. Bagaimana dia dipulaukan pelbagai dugaan lain lagi ditimpakan ke atas dirinya demi untuk ditarbiyah oleh ALLah dan Rasulullah.


Pada zaman itu, para sahabat amat beruntung kerana teguran dan tarbiah yang didatangkan secara terus-menerus dari Allah. Untuk satu fasa terasa futur, terus Allah beri teguran. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar dan taubat mereka diterima Allah...
Dan kita yang futur??
Bagaimana mengenalpasti 'futur' dalam diri? Apabila terbit rasa malas menyertai program ilmu, apabila berat untuk melaksanakan amar maaruf nahi munkar, apabila rasa 'reluctant' untuk sesuatu yang diperlukan/diwajibkan, ketika itu kita perlu sedar segera dan bangkit dari terus dibelenggu. Cari alasan kenapa rasa futur, dan jangan biarkan diri terus futur. Seperti yang telah saya ungkapkan di atas, 'kitalah apa yang kita fikirkan', dan kita jualah yang meletakkan diri kita untuk terus lemah atau menjadi kuat. Ada sesetengah orang yang apabila dirinya mengalami rasa futur, dia memilih untuk terus meng'isolate'kan diri dari orang ramai. Enggan menyertai majlis ilmu, tidak lagi mahu berjumpa orang ramai. Terubatkah futur itu? Ia mungkin bergantung kepada individu. Malah ada individu yang futur, apabila lebih memencilkan diri, mereka menjadi lebih futur. Dan akibatnya terlalu susah untuk dia bangun walaupun untuk mencapai tongkat.


Di sinilah peranannya rakan-rakan seperjuangan. Jadilah pemerhati yang baik untuk sahabat-sahabat kita. Kita mungkin tahu, kenapa dia berubah, kenapa dia tidak seperti dahulu. Papah semoga dia dapat terus menemani kita berlari...(Ambil tahu dan cari penyelesaian)
Kadang-kadang kita rasa futur kerana kita rasakan bahawa kita menggalas tugas yang maha berat yang tak tertanggung lagi rasanya. Kiri kanan atas bawah semua dirasakan terbeban pada kita seorang. Justeru, tanya semula diri sendiri. Untuk apa kita di sini dan ke mana kita akan kembali. Saya yakin apabila 2 soalan ini bermain di minda, kita akan dapat berpijak semula di bumi nyata dan tidak lagi merasakan hidup ini perlu disia-siakan. Hidup bukan untuk semata-mata kita 'enjoy' dengan segala nikmat. Masa lapang untuk menonton cd, untuk lepak bergosip bersama rakan. Duit bukan untuk makan besar, bukan untuk shoping. Malah kita akan rasa lebih bertanggungjawab dan berfikir, Inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati LILLAHI RABBIL ALAMIN.. Kita bakal yakin bahawamasa lapang adalah untuk kita bekerja kerana Allahduit lebih untuk kita infaq dan qudrat kita bakal berguna untuk survival agama. Maka jika ini yang tersemat, segala beban tugas, keluh kesah, stress akan dapat ditangani kerana kita yakin beban itu berpadanan dengan kemampuan kita seperti tertulis dalam ayat paling akhir dalam Surah al-baqarah.
Dan ada sebahagian dari manusia Yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadaMu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa Yang terpendam Dalam hati sekalian makhluk? (Al-ankabut:10)
Syaitan sentiasa di mana-mana lebih-lebih lagi dimana adanya sifat futur ini..A'uzubillahi minasyaitanirrajim...




Masalah futur bukan masalah individu semata-mata. Masalah persekitaran turut menjadi aspek penting yang menyumbang. Rakan-rakan dan pemimpin dalam persatuan, serumah, keluarga bahkan apa saja yang di sekeliling. Walau bagaimanapun faktor dalaman dalam diri lah yang perlu lebih kuat untuk mengatasi segala faktor luaran.Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk setiap perkara, kerana Allah telah berjanji bahawa diriNya saja sudah memadai untuk mereka yang bertawakal.

Friday, August 19, 2011

MENCARI Lailatul Qadar....









Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.


Maksudnya:


" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:


Maksudnya:


" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta


mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada


dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:


Maksudnya:


" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:


Maksudnya:


" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:


Maksudnya:


" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar


iaitu malam ke-27. "


Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.


Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:


Maksudnya:


" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati


malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:





Maksudnya:


" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "

Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 


Thursday, August 18, 2011

PERKARA GHAIB...



Syukur alhamdulilah...
sepanjang menceburkan diri bersama2 suami dalam bizs ni banyak yang kami pelajari...
bagaimana....

Tanggapan org keliling tentang apa yang kami lakukan...yang mengajar kami kuat & teguh berpegang kpd kuasa Allah dan lebih dekatkan diri kami padanya... 

Nampak apa yang kami lakukan adalah sesuatu yg pelik bg org yg "biasa2" bila mana orang kata...
  • bila buat bisnes MLM terutamanya terpaksa balik mlm2 kerja cari duit tak berhenti2....SEBALIKNYA....apa yang kami dapat adalah ILMU yang takkan boleh didapati kalau tidak DICARI...namun org lebih nampak kami ni yg berpaksikan harta & kebendaan...
  • terpaksa keluar dari zon selesa dengan berusaha mencari "sales" utk keuntungan diri sendiri....SEBALIKNYA...apa yang kami dapat adalah hubungan ukhwah yg begitu erat...berganding bahu dengan mereka yang tak pernah kenal...tiba2 boleh menjadi KAWAN yang sama2 bersaing untuk menaikkan taraf hidup masing2
  • di war2 kan kami ni menjual barang yang merugikan dengan mengaut keuntungan...SEBALIKNYA...barang yang dipasarkan mendapat pengiktirafan kerajaan sendiri, SUPERBRAND dan mmg tidak boleh disangkal lagi kualitinya...Terapi FIR adalah

  •  salahsatu cara penjagaan kesihatan yang di amalkan di seluruh dunia...Sememangnya adalah lebih baik MENCEGAH dari mengubati...kerana mengubati memerlukan KOS yang lebih tinggi jika di bandingkan dengan kos PENCEGAHAN dan PENJAGAAN kesihatan...


  • dengan stategi pemasaran yang kami amalkan...ternyata kuasa MEMBELI adalah kalah...kerana kuasa MENJUAL sememangnya 9/10 rezeki Allah yang memang telah dijanjikan...siapa yang TIDAK percaya...renung2kan lah balik dan pujuk lah hati dalami ilmu Allah yang luas...bukan sekadar ilmu pada segulung kertas yang kita banggakan...
  • MENJUAL dan MENGGUNA sendiri barangan yang didagangkan memang mudah untuk di pasarkan!!! yupsss.....itulah cara terbaik kita meluaskan empayar perniagaan.... 
  • Dengan MELAKUKAN pasti kita dapat imbuhan yang telah dijanjikan Allah...bukan janji org2 sekeliling kita...itu pun perkara ghaib tu...kalau tak percaya juga...kene renung balik laaa...
  • Dengan istiqamah MELAKUKAN dan PERCAYA pilihan yang dibuat adalah BETUL...juga adalah perkara ghaib kerana jika kita lakukan atas sebab yang baik...pasti Allah beri pahala atas apa yang telah kita sumbangkan...so jangan PENAT berusaha!!!

  • Ibarat seorang guru yang yakin tanggungjawab dia yang sebenar...sehebat2 guru adalah MURABBI (bukan sekadar mengajar hanya untuk mendapatkan gaji) iaitu guru yang yakin ilmu yang disampaikan dan di ajar memberi pengajaran dan menjadi amalan yang tidak putus-putus....kerana dia percaya pada janji Allah bahawa       
  • “Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ;Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanfaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” 
  • [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
  • Jadi sejauh mana kita mempercayai perkara2 ghaib yang menguji kita...yang menjadikan kita hamba yang setiap saat ingat pada ALLAH...moga2 kita sentiasa di sisi lindungan rahmatnya...

Sedikit perkongsian tentang PERKARA GHAIB yang perlu kita percayai dari segi ISLAM untuk ingatan bersama......


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah al-Baqarah, ayat 3).Salah satu ciri orang bertakwa kepada Allah ialah beriman kepada perkara ghaib. Istilah ghaib bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai pancaindera manusia yang lima kerana ia terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya.

Walaupun tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera yang lima, manusia mengakui serta meyakini perkara ghaib dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan dalil yang boleh diterima akal sempurna seperti wujud Allah dan sifat-Nya, malaikat, hari akhirat, syurga dan neraka.
Umumnya, manusia mendiami alam semesta terbahagi kepada dua kategori iaitu pertama, manusia yang hanya percaya kepada benda nyata dan dapat dilihat saja, bahkan mereka tidak mengakui ada sesuatu yang lain di sebalik bumi yang nyata ini.

Dalam hal ini, mereka tidak percayakan ada Tuhan atau malaikat dan dengan sendirinya mereka tidak percaya adanya kehidupan lain selain kehidupan dunia yang dirasai kini. Mereka inilah terdiri daripada golongan komunis, ateis dan sosialis.

Kedua, golongan yang percaya bahawa di sebalik kehidupan dunia bersifat sementara ini, ada satu alam ghaib yang tersembunyi daripada pengetahuan manusia. Perkara ghaib itu sebenarnya berada di bawah Ilmu Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Semakin bertambah pengalaman hidup diperoleh seseorang manusia maka akan semakin bertambah mendalam kepercayaan dan keimanan seseorang Muslim kepada perkara ghaib.
Kepercayaan kepada perkara ghaib bukan hanya pada agama Islam bahkan penganut agama samawi seperti Kristian, Yahudi dan Buddha turut mempercayai perkara ghaib yang terdapat dalam ajaran masing-masing.

Setiap orang Islam yang mukalaf dan berakal waras wajib percaya atau beriman kepada perkara ghaib kerana Allah yang disembah adalah Zat yang Maha Ghaib. Zat Allah tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia sebaliknya hanya dapat dicapai dan dirasakan oleh jiwa yang beriman serta bertakwa.

Kewujudan Allah dan kehadiran-Nya akan menjadi jiwa sanubari orang beriman menjadikannya tenang dan tenteram.

Selain itu, Allah juga menciptakan banyak makhluk yang tidak dapat dilihat serta disaksikan pancaindera manusia seperti malaikat, jin dan syaitan. Ketiga-tiga makhluk itu mempunyai karektor berbeza antara satu sama lain.

Malaikat adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya, memiliki sifat atau watak tetap iaitu sentiasa taat dan patuh melaksanakan segala diperintahkan Allah. Syaitan pula makhluk yang Allah ciptakan daripada api, hakikatnya adalah musuh Allah yang selalu menggoda dan mendorong manusia supaya ingkar kepada Allah.

Oleh itu, syaitan dan sekutunya memiliki watak antagonis iaitu membisik dalam jiwa manusia supaya tidak percayakan Allah di samping mendorong mereka melakukan pelbagai kejahatan di atas muka bumi ini.

Sebaliknya, jin adalah makhluk yang Allah ciptakan daripada api juga, tetapi memiliki karektor sama dengan manusia. Dalam kalangan jin, ada yang ingkar dan kufur kepada Allah, ada pula taat dan beriman kepada Allah.

Jin pada hakikatnya tidak dapat mempengaruhi manusia kerana mereka sendiri mendapat godaan dan bisikan syaitan sama seperti manusia. Oleh sebab itulah kalangan jin ada yang beriman dan kafir.

Ketiga-tiga jenis makhluk itu adalah makhluk Allah yang hidup di alam ghaib yang memang tidak dapat dijangkau pancaindera manusia.

Termasuk dalam pengertian ghaib ialah umat Islam zaman ini beriman kepada Rasulullah kerana walaupun tidak pernah melihat atau mengenal wajah sebenar Rasulullah, mereka tetap beriman kepadanya.

Bagi orang yang beriman, dia dapat merasakan seolah-olah Rasulullah tetap hidup biar pun Baginda sudah wafat sejak 1400 tahun lalu.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepada aku; dan berbahagialah juga bagi sesiapa yang beriman pada aku sedangkan dia tidak pernah melihat aku.” (Hadis riwayat Ahmad, Tabrani, Hakim dan Bukhari)

Perlu diinsafi, matlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Monday, August 15, 2011

Bagaimana hendak membezakan antara barangan asli dengan tiruan?


Ciri-ciri barangan asli:-


  • Harga jualan adalah mahal/ telah ditetapan.
  • Dijual di premis tetap seperti komplek membeli-belah ternama atau outlet yang diiktiraf dan dilantik sahaja.
  • Mempunyai kad jaminan kualiti.
  • Mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif.
  • Mempunyai hasil kerja pembuatan (workmanship) yang halus, kemas serta menarik.
  • Dibuat dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.
  • Dihasilkan di kilang yang menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi.
  • Kebanyakkannya diimport dari luar negara.
  • Tahan lama dan tidak mudah rosak.
  • Tahap keselamatan yang dijamin selamat.

Ciri-ciri Premium Beautiful yang ASLI

  ada TAG kualiti...:):)...klu da TERBUKA!!!....something wrong happen....



ada LABEL harga dan LOGO Premium Beautiful......


ada BUKTI pembelian...RESIT dari syarikat atau dealer...


ada WARRANTY CARD...
utk servis dan maintainance PB LONG LIFE WARRANTY.....


 

anda dapat Beauty goodie bag.....



ada instruction CARD...utk ingatan kot terlupe cara nak pakai...:):)

Ciri-ciri barangan tiruan!!! AWAS!!!
  • Harga jualan adalah murah dan boleh tawar menawar ke tahap minima.
  • Dijual di premis terbuka seperti pasar malam, gerai tepi jalan atau kaki lima, ebay.com, mudah.com.....
  • Tiada kad jaminan kualiti.
  • Tidak mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif.
  • Mempunyai hasil kerja yang tidak kemas pembuatan (workmanship) yang kasar, tidak kemas dan tidak menarik.
  • Menggunakan bahan yang berkualiti rendah.
  • Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang paling asas, industri kecil-kecilan (belakang rumah) dan berteknologi rendah.
  • Kebanyakkannya dibuat di dalam negara.
  • Tidak tahan lama dan mudah rosak.
  • Tiada jaminan dan mungkin membahayakan kesihatan.

Saturday, August 13, 2011

RUGINYER!!!!



i ni mendengar luahan, kata hati (mebi  sakit hati) cerita 1 pengguna Premium Beautiful nihhh....
melalui stori katenye ‘menyesal’ sebab  beli korset PB nihhh....NOW xpakai pun....
gantung kt lemari...alasan xde ‘effect’ pe pun...ooooyeeekeeee patot laaaaaaa
sy ni mmg xsuka tembak balik @ melawan le.....klu kene kondem...lebih suka diam dan senyum...
melayan kerenah manusia2 yg OBSES nak cantik...
nk kesan ygg dpt  FAST!!!....hehe...betul2 menakjubkan!!!

SEDIKIT PESANAN buat de owner PB yg lebih suka berkata tp x ikut khidmat nasihat pakar kami....
Itu mmg hak anda...kata2 tu 1 doa...
klu dah anda xyakin...di tambah keMALASAN anda utk setia 8jam...memang TAK JADI apepun k...
“ APE PUN TAK BOLE!!! “
Kalau ikut kajian 1 drpd 19 wanita d m’sia berisiko mendapat breast cancer....
Xmustahil jika 1 itu adalah ANDA....sebab??? anda kate anda da memiliki PB...
BUT!!!!!
* anda kate pakai xrase pape (dlm hati aku maseh sihat) TAPI kena ingat!!!! Itu HARI INI
* anda kate susah nak pakai...LECEH!!! (dlm hati aku MALAS!!!) TAPI kena ingat!!!! Nak senang pun kene susa dulu...
* anda kate tidak di beri penerangan lansung bout PB!!!...nak tolong kawan!!! (dlm hati kata  aku KENE TIPU!!!) TAPI kena ingat!!!! Mase anda beli PB penjual tu letak pisau kat leher ke??? Pakse u beli???
SO....kalau anda kata testimony anda lansung xberhasil...cari2 la balik kenape dan mengapa...
Sebab anda adalah orang yang RUGI kerana tidak tahu nak manfaatkan ape yang anda miliki...
Sesungguhnya pekara negetif hanya memakan diri...so BERINGATLAH sebelum kena...bersama2 mencegah KANSER sebelum ia dating tanpa di duga....


SALAM AUWpremiumbeautiful....
~KAMI SEDIA MEMBANTU~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers