Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Friday, September 30, 2011

CARI.......

congrates kepada team AUW yg komited menjadi orang LUARBIASA!!!!chaiyok2...:):)
yang penting diri sendiri...orang hanya boleh beri kata2...tapi rezeki itu semua dari ALLAH....
so letakkan diri anda seperti pilihan anda...kerja...kerja...kerja...yeayyyy...hepy working!!!!



sedikit perkongsian ilmu untuk bekalan...insyaallah....:):)

Kewajipan Cari Rezeki Halal walaupun dalam Kesempitan


HAKIKATNYA nasib manusia di dunia tidak sama dari segi kekayaan, penguasaan ilmu dan darjat kerana Allah mencipta keadaan itu supaya manusia saling memanfaatkan antara satu sama lain.

Namun, ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata. Manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian.

Teori ekonomi menyebut tiga keperluan asas manusia adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Individu atau keluarga yang tidak mampu memenuhi keperluan asas tergolong sebagai amat daif dan memerlukan bantuan pihak lain untuk meneruskan kehidupan seharian.

Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Kemiskinan bukan alasan untuk menghalalkan perbuatan yang salah.

Kemiskinan menghampirkan diri kepada kekufuran. Ia umpama bom jangka bila-bila masa boleh meletup menimbulkan malapetaka dalam masyarakat. Masyarakat yang lebih banyak didiami golongan miskin sentiasa berdepan situasi tegang, terancam dan cemas.

Perbuatan salah mendedahkan diri kepada keadaan yang lebih buruk. Pelakunya berdepan dengan hukuman buatan manusia di dunia ini dan di akhirat pula, akan menerima balasan lebih pedih, melainkan pelakunya sempat bertaubat dan melakukan banyak kebaikan.

Batasan haram dikecualikan hanya dalam keadaan terlalu terdesak atau darurat. Pun begitu, keadaan itu tidak berlaku di negara kita. Golongan miskin berpeluang mendapat bantuan daripada pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan penderma individu.

Justeru, tidak ada alasan untuk rakyat di negara ini mengatakan dia terpaksa melakukan perbuatan ditegah agama kerana terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan hidup.

Rakyat Malaysia bernasib baik kerana peluang pekerjaan masih terbuka luas di negara kita. Berjuta-juta rakyat negara lain datang ke Malaysia mencari rezeki yang dikatakan sebagai lubuk emas.

Kekuatan rohani dan jasmani penting dalam usaha mencari rezeki. Kita mesti berfikir dengan positif dan gunakan kekuatan fizikal untuk melakukan usaha bersesuaian. Keyakinan terhadap kemampuan diri penting bagi menjana semangat melakukan usaha kebaikan.

Rasa keyakinan diri termasuk dalam erti bersyukur. Kita berasakan apa yang dikurniakan Allah dari segi kekuatan akal, fizikal, masa hidup dan peluang yang ada sebagai satu anugerah perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Ada individu serba kekurangan dari segi fizikal, tetapi dapat hidup berdikari. Mereka tidak menjadikan kecacatan sebagai alasan untuk mendapat simpati orang ramai. Justeru, mengapa pula individu yang sempurna fizikal tidak dapat melakukan lebih baik daripada itu?

Yakin diri lahir daripada individu yang mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kelebihan dianugerah Allah adalah amanah untuk melakukan kebaikan.

Individu yang mencipta kejayaan cemerlang memulakan usaha dengan yakin pada diri. Semangat berdikari dan tidak mudah menyerah kalah.

Jika berdepan masalah atau kegagalan, itu satu kenyataan yang mesti diterima dengan hati dan fikiran terbuka. Apa yang penting, jangan mudah patah semangat. Pertolongan Allah akan datang daripada segenap penjuru yang tidak disangka membantu mereka yang tidak berputus asa.

Firman Allah yang bermaksud: 

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)

Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.

Keberkatan bermaksud kebahagiaan hasil apa yang diperoleh atau dilakukan. Ia juga membawa maksud bertambah dan semakin baik. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit saja.

Justeru, kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya. Tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak, sedangkan tidak berkat.

Soal keberkatan tidak boleh diambil mudah. Biarlah tidak berpeluang memiliki harta banyak, asalkan apa yang dimiliki, biarpun sedikit tetapi diberkati. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Firman Allah yang bermaksud:

 “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.

SUMBER : Agama
Berita Harian
26 Jamadil Awal 1428/12 Jun2007

BATU asah!!!!


lot's of tengsss for budaxxx sorang nihhh....
coz byk membantu....
siap puji-pujian lagikkkk.....haha
tenQ lahhhhh
jgn lupe 8jam PB yerrrr....mau rotan!!!!
jgn lupe laksss u tu our ICON...
nnt gedebabbbbbbb....kene firedddd....haha
mmwaxxxxxxxxxxxx
AUWpremiumbeautiful in da houze!!!!hoho

4 golongan manusia


EMPAT GOLONGAN MANUSIA

Kitab Futuuhul Ghaib
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Sumber: http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini :-

Pertama ialah mereka yang TIDAK ADA LIDAH dan TIDAK ADA HATI.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang di murkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta di lindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan:

• Ilmu Ketuhanan,
• Guru kepada yang baik,
• Pembimbing kepada agama Allah,
• Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan di beri ganjaran seperti yang di beri kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
“Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI.

• Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
• Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
• Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
• Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
• Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
“Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang ‘Alim yang jahat”.

Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH.

• Dia adalah seorang yang beriman.
• Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
• menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan
• memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
• Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.
Sabda baginda lagi;
“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

‘Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah.
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.

Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi-Nya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuan-Nya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang-orang Allah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Jadi saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Thursday, September 29, 2011

RED & BLACK inspirationsssssss


PLUS

*
*
*
*






weeeeee~~~
DATO CT will always my inspirationsss!!!!



Wednesday, September 28, 2011

Saturday, September 24, 2011

BESHHH story tis month!!!!
premium BEAUTIFUL pregnancy...wowwww!!!!

Siapa sangka siapa menduga...semua KUASA Allah 'after' usaha dan percaya!!!! yeayyy
BIARLAH ada yang TAKUT dengan Premium Beautiful!!!! takut anak ramai....whoaaaaa....hi3
~itu adalah golongan org biasa2...TAKUT segala2 takut....hahaha~ (gelihati pun ade) pegnen pun takot!!!


TAKUT>>>>

  • PB tooo mahal...( 2k leh wat shoping tuuuu ) rugilahh sebab klu MAHU rm200 bulan2 pon org da MAMPU milikinyerrr...heeee
  • PB menyuburkan....adoiii berderet anak2 ku (klu xpake PB pun berderet gakk...name pun ade org shayang kannn....huhu
  • PB melancarkan peredaran darah....rasa 'light' n ringan, NO stress, NO migraine, etc...FEEL beauty n healthy!!!
  • PB paling MURAH!!!!....bg mereka yang selama ni paintkiller addicted, slip disc, asthma, stress etc  dan yang paling UTAMA.....medical supplement for conceive pregnant...sampe DOC pun rekomen...dahhh  beribu2 dok spend rawat sana cni....BETTER lah u pake2 PB!!!! cantekk pun cantekkk...CUBE selaminya from evry angle...di MATA suami anda HOT & SEXY what!!!hoho (instinct for da married  ONLY!!)

LET's SHAREDDDD....:):)



GANJARAN PENGORBANAN ISTERI dan IBU



* PAHALA WANITA MENGANDUNGApabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


* PAHALA MEMELIHARA ANAK
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


* GANJARAN MENOLONG SUAMI
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.



* GANJARAN WANITA SOLEHAH
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


* GANJARAN MENTAATI SUAMI
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.


* KELEBIHAN SEORANG IBU
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


**********************************************************************************
Maka bersyukur dan berbanggalah kita kerna kita adalah seorang wanita, isteri dan Ibu.

Friday, September 23, 2011


Rasulullah telah menyatakan bahawa terdapat 3 aliran pahala yang tidak akan putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. 3 aliran pahala itu ialah:
  1. Sedekah jariah.
  2. Ilmu yang diamalkan.
  3. Anak soleh.
Syukur alhamdulilah...walaupun penuh ranjau dan duri...kami 'redah' juga...memBUKTIkan yang kami lakukan dan cuba sampaikan pada famili, kawan, orang2 terdekat untuk sama2 berjuang bersama dalam peniagaan yang sebenarnya sekecil2 modal....walaupun zahirnya 20ribu itu ramai yang mengatakan 'gila'....

Semuanya kami ambil dan cuba selami kata2 Rasulullah...sehebat2 sunnahnya...moga2 Allah berkati usaha kami ini...Siapa sangka 1 tahun kepercayaan, fokus dan berusaha...sememangnya berbaloi2...:):)


Kami bukanlah golongan berpendidikan tinggi tapi cuba sedaya upaya untuk pastikan ILMU perniagaan dan pelan pemasaran yang telah dibuktikan oleh para CDM dapat di manfaatkan sehingga ke keturunan yang akan datang...moga2 ilmu ini dapat menaikkan martabat keturunan terus mengalir seperti air sungai yang tidak pernah berhenti....

ILMU itu maksudnya luas. Tidak semestinya ilmu agama, ijazah, phd, diploma yang sememangnya sinonim pada zaman sekarang. Apa sahaja ilmu yang boleh diamal dan dimanfaatkan oleh orang lain bakal memberikan pahala yang tidak putus-putus kepada kita. Berikan ilmu tentang perniagaan yang halal, berikan ilmu cara mendidik anak, ilmu dalam memotivasikan diri dan apa jua ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai dengan ikhlas dan sabar. Sampaikan pesanan Rasulullah walaupun satu ayat!!!

Di zaman moden yang sedang kita lalui sekarang, alhamdulilah dengan sokongan team AUWpremiumbeautiful terutamanya begitu mudah untuk kita kongsikan ilmu kepada orang ramai. Kerana dengan Premium Beautiful, bukan sekadar untuk cantik!!!! SIHAT dan pastinya dapat berkongsi nikmat bersama menjana pendapatan!!! Bak kata seorang CDM..pesannnya....kalau kita dapat tambahan rm50 untuk usaha kita pada bulan ini!!! yelah payment geng VVip club....sape nak bagi????...semua kene USAHA yang TAK keras dan TAK susah mana pun...hehe...u pakai je PB hari2....mustahil lahhhh org tgk jerrr....pasti jelessss punyaaaaa...haha


So sampai bila kita nak tolong jualkan dan promo BIZS org...sedangkan dari 'rekomen' kita tu...si tokey korset bole bg u rm200...agak2 berapa lahhh income dia dapat jual 1set PB yang berharga sekitar rm2300-rm2700...bukan harga E-bay.com atau mudah.com yerrr....sebab realitinya BIZS tokey ni mmg valid & authorized!!!! biarlah org kate bole dapat PB dengan harga rm 1000....memang dia xlayan...huhu


HAKIKATNYA...itu yang berlaku!!!

tak mahu RISIKO sebenarnya TOLAK rezeki a.k.a KUFUR nikmat....:):)

Sudah terang lagi bersuluh...nak murah ramai yang tertipu dgn membeli d gudang2 yang "REDUCE to CLEAR" sori to say....:(:(

Opssss...kembali ke topik ILMU tadi....
semoga dengan duplikasi dan gabungan usahawan2 Premium Beautiful...dapatlah kita sama2 menyahut seruan Rasulullah untuk saham dunia dan saham akhirat...semoga kita juga adalah antara manusia yang betul2 berILMU dan sedar akan tanggungjawab kita diberi PINJAMAN hidup di dunia ini...






Banyak sebab kita perlu mencari harta kekayaan, antara nya maksud hadis ...buat harta macam nak hidup seribu tahun,buat amal macam nak mati esok hari. Dengan kemiskinan juga boleh menyebabkan seseorang tu hampir kepada kekufuran. Dengan adanya harta kekayaan, macam-macam kita boleh buat, bayar zakat, bantu orang, sedekah, melancung melihat kebesaran Allah dan sebagainya. Mudah-mudahan harta kekayaan tidak menyesatkan dan melalaikan kita dari mengingati Allah s.w.t.



AMINNNN......




Al-Munafiquun [63:10]
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh.

Surah as Saff [61:10-11]
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta bendadan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

Al-Baqarah [2:261]
Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

Hadis Satu
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis riwayat: Imam Ahmad)

Hadis Dua
Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (Hadis riwayat Imam Ath-Thabrani)

Hadis Tiga
Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah.
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Hadis Empat
Setiap pagi hari, ada dua malaikat yang turun ke bumi. Satu malaikat berdoa, “Ya Allah, Kau gantilah harta bagi orang yang membelanjakan hartanya untuk jalan Mu. Sedangkan malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, Kau binasakanlah harta bagi orang yang menahan hartanya untuk jalan Mu.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)

Hadis Lima
Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya. (Hadis riwayat Imam Ath-Thabrani)

Hadis Enam
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya: Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab: Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si fulan, sekian untuk si fulan dan sekian lagi untuk si fulan. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis Tujuh
Dan sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat ku adalah harta kekayaan. (Hadis riwayat Imam at Tirmizi)

Selamat membelanjakan harta untuk jalan Allah :)

Tuesday, September 20, 2011

Orang yang kurus pun jangan ambil mudah tentang kesihatan. Kurus tak semestinya sihat, kurus jangan ingat takde kolestrol. Orang yang kurus juga berisiko untuk mempunyai kolestrol berlebihan dalam darah.




Walaupun anda slim, seksi, tak gemok..... tapi jika anda mengambil kolestrol secara berlebihan, ia boleh mendatangkan bahaya! Arteri akan tersumbat hingga menghalang aliran darah.
Bila dah kronik, mulalah ada serangan jatung, lepas tu menjejaskan aliran darah ke otak, kaki, buah pinggang dan organ tubuh yang lain. Kesimpulannya, tahap “selamat” bagipengambilan kolestrol sehari adalah antara 200 – 400mg sahaja.

Di bawah ada sedikit contoh jenis-jenis makanan yang mempunyai kadar kolestrol rendah. Kalau nak tahu banyak lagi, boleh lah google ye.





Pengambilan kolestrol secara teratur haruslah diiringi tabiat senaman secara tetap. Barulah kesihatan mantopppp.




PREMIUM BEAUTIFUL ditenun sulam dengan teknologi cahaya marah jarak jauh (FIR) dari matahari. Kita juga sedia maklum bahawa sinar dari matahari kaya dengan Vitamin D yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Berikut adalah beberapa manfaat sinar matahari:

Sinar matahari menghasilkan Vitamin D yang mengurangkan kolesterol dalam darah
Mendedahkan tubuh badan kepada matahari selama 5 minit memberikan 400unit vitamin D kepada tubuh. Ia dapat mengubah simpanan kolesterol dibawah kulit menjadi vitamin D. Dengan ini ia dapat mengurangkan kandungan kolesterol didalan darah.

Sinar matahari menjadi pembunuh kuman dan bakteria
Sinar matahari juga dapat membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan penyakit. Ianya dapat mencegah penyakit pneumonia, jangkitan pernafasan, keracunan darah dan juga mencegah sel-sel cancer dari menjadi aktif di dalam badan. Bakteria di udara dapat dibinasakan dengan hanya terdedah kepada cahaya matahari selama 10minit sahaja.

Sinar matahari mengurangi gula dalam darah
Cahaya matahari bagaikan insulin yang menggalakkan penyerapan glukosa masuk kedalam sel-sel tubuh. Ini merangsang tubuh untuk mengubah glukosa menjadi gycogen yang tersimpan dihati dan otot sehingga menurunkan paras gula dalam darah.

Jadi bayangkan dengan pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL kita didedahkan dengan khasiat cahaya matahari melalui FIR yang disuntik didalam fabriknya tanpa perlu berjemur secara direct dibawah sinaran cahaya matahari. Dapatkan satu set PB untuk anda hari ini untuk kesihatan dan keyakinan sepanjang hari!

DIJAMIN dan SUDAH TERBUKTI!!!!!



Thursday, September 15, 2011

Berbaik sangka akan diikuti oleh kebaikan
Berfikir buruk akan diikuti keburukan
Anda adalah apa yang anda fikirkan



Apabila ditimpa musibah, dimarahi seseorang dan segala keadaan yang membuatkan kita sakit hati, maka terdetikla dalam hati kita prasangka yang bermacam-macam. Meskipun kita cuba mengelak, nafsu jahat ini dating juga. Namun walaubagaimana cara sekalipun, kita sebagai manusia perlu mengelak daripada menuduh, mengata dan sebagainya. Dalam Hadis Qudsi-Allah berfirman:

Aku senantiasa mengikuti prasangka hamba-Ku terhadap diri-Ku, jika ia berprasangka baik maka kebaikan pula yng mengikutinya. Demikian pula jika ia berprasangka buruk maka keburukan pula yang mengikutinya - Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Thabrani dan Ibnu Al Najar.


Dan Firman Allah lagi didalam surah Al-hujurat, ayat 12 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa…

Seperti yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib:

Berhati-hatilah terhadap buruk sangka kerana buruk sangka itu meruntuhkan ibadat dan memperbesar dosa

Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha untuk sentiasa berbaik sangka. Agar senyuman sentiasa terukir dalam diri kita dan sebenarnya ia memberikan sedekah yang tersembunyi kepada manusia di sekeliling kita


Monday, September 12, 2011

da BEST sensitive!!!

isu yang agak sensitive bg kaum hawa..tambah2 lg yang belajar tinggi…pandai..ade kelulusan.. bila dah habiskan banyak duit utk belajar, rase rugi xkeja..

sy amat tertarik dgn kwn2 Premium Beautiful sy..majoriti bukan calang2 wanita ade degree, pandai orangnya...mereka punya CITA-CITA yang amat menyentuh hati saya sebagai seorang WANITA, ISTERI dan ANAK..

Bila kita bercerita sesama rakan sekerja...pastinya anak2, suami dan keluarga menjadi keutamaan...pada saya memang FAMILY 1st!!! dengan situasi sekarang, terpulang PILIHAN anda nak yang bagaimana, nak jaga anak dan suami, nak ade maid ke??? maid pulak macam2 hal..yang lari, yang mendera...aduiii....nak anta taska...klu demam n sakit xhenti2...naseb la klu taska yang amik ramai...memang prob jela...anak demam memanjang sampe jadi umpatan almaklumle asyik amik 'emergency leave' jerrr....

memang kita perlukan KERJA...lagi2 dgn expanses sekarang..nak bayar rumah lagi, kereta, maintenance anak2...dan memang ramai yang workerholic di luar sana...tapi sejauh mana workerholic anda kiranya....ANDA
  • kerja dalam STRESS...xpuasati anda sorang je kene wat keje
  • kerja syiok sendiri...too BOSSY...aduii
  • klu dapat keje ke, task ke, hati da xtenteram, ayat merapu pon kuar, balaci ade, kuli ade....istigfar la sayang!!!
kalau anda dalam situasi di ATAS, anda sebenarnya perlukan penyelesaian, renungkan balik diri anda...ANDA sememangnya hebat!!! dan anda boleh berjaya jika anda dapat cari POTENSI diri anda sendiri...klu nak berjaya...kene USAHA...renung2kan

Sebenarnya ramai yang TAKUT dengan bayang2 sendiri...sedangkan telah banyak wanita yang berjaya menyelesaikan masalah diatas..sehingga menjadi IDOLA rakan2...KUASA WANITA...

siapa sangka mereka semua adalah SURIRUMAH tanpa apa2 income sebelumnya...dengan 1 kePERCAYAan...mereka berjaya  menjadi SUPERB HOT MAMA!!!!





siapa sangka income seorang surimah....


Sebenarnya, menjadi suri rumah tangga ni adalah satu kerjaya yg sgt mulia. Kerana :-
  • Perlukan pengorbanan yg tinggi ~jika isteri seorg yg brpendidikan tinggi,
  • Mendpt pahala berlipat kali ganda kerana mnjd sumber tulang belakang keluarga
  • mnjd pndorong & semangat suami dan anak2.
  • Kasih sayang dan perhatian diberikan sepenuhnya pd keluarga.

Seorang suri rumah dikira sangat Berjaya apabila :-
  • Anak2nya menjd soleh dan solehah dan taat perintah agama.
  • Anak2 berjaya dlm pelajaran dan hidup.
  • Suami Berjaya dalam kerjaya.
  • Hidup sangat bahagia dan penuh dgn kasih sayang.

Sebenarnya, sudah ramai isteri yg brpendidikan tinggi (dip, ijazah, master, dll) menjadi suri rumah sepenuh masa.. kerjaya ini sudah mnjd pilihan antara pilihan dan tren TERKINI..walaupun ada yang beranggapan kemungkinan yg memilih kerjaya ini adalah arahan drpd suami sendiri .

Berdasarkan keluarga terdahulu, dimana ibu2 kita adalah SURIRUMAH, sy mndapati kebanyakannya mndpt anak2 yg sangat berjaya didunia dan diakhirat. ~so tak salah jika kita bercita2 mnjd suri rumah..

Mak sy pun seorang suri rumah sepenuh masa..keje parttime aja ngaji, amik upah menjahit, jual nasi lemak , kueh traditional.. jd, sy sgt berterima kasih kpd mak sbb didik kami adik beradik smpai berjya. Tenkiu and LOVE u so much!



INSYAALLAH saya tanamkan azam dan cita-cita utk mnjd seorang suri rumah yg berjaya!!!! ade keje partime juga...hehe

TenQ AUWpremiumbeautiful!!!! kerana sama2 merealisasikan cita2 saya...

Marah...MARAH...SAYANG!!!

Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus

Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.
Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)
Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.
Kebaculan
Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total?
Sebelum itu mari kita lihat jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :
  • Golongan Pertama: Tafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.
Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)
Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)
Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.
  • Golongan kedua: Ifrath
Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.
Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.
Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).
Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :
  1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
  • Golongan ketiga: I’tidal
Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kehormatan
Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.
Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.
Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)
Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.
Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)
Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.
Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)
Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i’tidal ini.
-MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS ialah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad.

Friday, September 9, 2011

Sebagai USAHAWAN yang bijak...kita kena sentiasa POSITIF...sentiasa bersedia dgn antiVIRUS...:):)

Adakah perkembangan industri perniagaan yang kita ceburi sekarang baik atau sebaliknya?

Perkembangan itu BAIK.. tp jika ianya tidak terkawal ia akan merosakkan industri itu sendiri..

Kenapa industri perniagaan kita sekarang berlaku pengucupan..?

1. Tiada kawalan harga daripada pembekal (usahawan itu sendiri)

a. Ada pembekal Premium Beautiful sewenang-wenangnya menurunkan harga semata-mata untuk bersaing. Tetapi akhirnya akan memakan diri sendiri dan memberikan impak yg tidak sihat kepada orang lain dalam industri yang sama. Kenapa?

Bila satu pembekal menurunkan harga, pesaing pembekal tadi akan turut sama menurunkan harga. Contohnya  Premium Beautiful dijual pada harga pasaran RM2366. Tetapi skrg pembekal menjual pada harga RM1000 sahaja.. Mana UNTUNG mereka? Atau mereka hanya inginkan tunai bagi survaival perniagaan mereka. Kita lihat kesannya?

KESAN PERMULAAN :

Perniagaan dalam bidang KECANTIKAN dan KESIHATAN  tidak lagi menjadi perniagaan yang eksklusif kerana sesiapapun boleh berniaga. Perniagaan ini tidak lagi bersandarkan kepada penjagaan kecantikan dan kesihatan tetapi lebih kepada mengejar keuntungan semata-mata. Jadi, manakah nilai sebenarnya dalam industri ini.

Contoh lain, bagi rakan kita yang memilih untuk menjual Bio Aura.. Ramai orang berupaya memilik sebuah  penapis air. Adakah dengan hanya memiliki penapis air  Bio Aura boleh digelar sebagai usahawan. Adakah mereka benar-benar mendalami bidang tersebut untuk digelar sebagai usahawan?

Begitu juga dalam butik kecantikan.. adakah memadai hanya pandai bersolek dan cantik sahaja boleh bergelar pengusaha butik dan salon?

KESAN PERTENGAHAN :

“Duit ada RM30K sekarang dalam simpanan.. Nak berniaga apa ek? Kita buat bisnes nak jual Bio Aura la.. Senang je tu.. Untung pun banyak.. Hari ni kita pi borong barang niaga kt mereka2 yang kecewa gagal menjual Bio Aura.. Esok kita buka kedai..” Ini lah selalunya persepsi kebanyakan orang yang ingin memulakan perniagaan.. atas kekecewaan orang lain...Benarkah?

Kesan terlalu senang untuk membuka sebuah perniagaan jual Bio Aura..sebab semua orang nak air 'bersih'

Pertama : Mula-mula mereka happy.. “Aku ada jual Bio Aura.”, murah dari harga biasa.. Jika boleh nak cakap kepada semua orang yang aku ada jual Bio Aura yang murah dari biasa..RM1500 jerrr... Tapi lihat situasi bulan seterusnya..

Ke-2 : “Alamak, Sales x de la.. Cmner nak buat ni..” (Kepala dah mula pening dan memikirkan strategi).. Strategi paling senang adalah..

Ke-3 : TURUNKAN HARGA..jual d mudah.com dan Ebay.com. (Mereka turunkan harga untuk bersaing) Untung entah ke mana.. Kos OVERHEAD? Apa tu? Mereka fikir mereka akan dapat pelanggan dengan menurunkan harga. Kemudian..

Ke-4 : Kualiti perkhidmatan diabaikan.. Janji pelanggan sukar ditunaikan kerana aliran tunai merosot. Stok-stok perniagaan tidak dapat lagi dibeli daripada pembekal yang menurunkan harga tadi. Pembekal juga gigit jari.. Kalau  orang nak beli Bio Aura masa ni, mahu kena maki.. Kering.. Kalau mcm ni x boleh jadi.. Langkah seterusnya..

Ke-5 : TUTUP PERNIAGAAN... Terpaksa mengambil langkah popular untuk tutup perniagaan mereka kerana tidak tahan lagi dengan persaingan. Bayangkan jika semua USAHAWAN mengambil langkah untuk menurunkan harga.. Industri pernigaan dengan perlahan akan mati.. Pembekal akan bungkus.. dan semua perniagaan yang berkaitan industri akan turut sama bungkus dan terpaksa mencari peluang-peluang baru.. Kerana satu sebab sahaja..
 
STRATEGI MENURUNKAN HARGA  
PERANG HARGA.. BETUL KE MCM TU? 
AH, ADA AKU KISAH..


KESAN AKHIR

ada usahawan akan gulung tikar dan terpaksa beralih kepada perniagaan baru...Yang kekal hanya yang mampu bertahan. Mereka yang telah membina rangkaian dan kepercayaan pelanggan. Apakah nasib mereka menurunkan harga sesuka hati tadi? Turut berlaku pembetulan pasaran. Hanya USAHAWAN yang betul-betul mahu berniaga akan kekal dalam pasaran. Tiada lagi yang berani nak berniaga kerana ianya melibatkan sudah RUGI akibat tidak sabar...Mcm mana nak jadi CDM sedangkan untung perniagaan entah ke mana. kalau bisnes konvensional...Yang tinggal sekarang syarikat C*NA saja yang mempunyai backup yang kuat dan menangguk di air keruh.

PENTINGNYA KAWALAN HARGA

Lihatlah betapa pentingnya kawalan harga. Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab juga. Lupakan saja untuk BERJAYA dalam perniagaan jika keadaan kelam kabut ini masih menghantui pemain-pemain dalam industri yang terlalu kecil ini. Sikap tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan perang harga dan mengabaikan kualiti perkhidmatan akan merosakkan industri. Siapa yang rugi.. Pembekal, Peniaga dan juga pelanggan-pelanggan kerana industri ini akan mengalami pengucupan. Tiada lagi kreativiti.. tiada lagi yang berani untuk melabur.. tiada lagi yang tampil untuk mencuba.. masa ini lah akan muncul pengusaha yang benar-benar ingin menjalankan perniagaan bersandarkan MINAT. Tiada lagi bersandar kepada KEUNTUNGAN semata-mata.

Marilah kita sama-sama betulkan keadaan.. Kenapa perlu gadaikan nasib perniagaan yg di monopoli oleh golongan MELAYU kita semata-mata untuk keuntungan segera tetapi ianya akan berlaku kehancuran...

APA YANG PASTI!!!

orang yang berjaya adalah golongan MINORITI...
BIJAK dalam ilmu perniagaan itu sendiri...
kalau anda TAK SABAR dan mengikut pendapat mereka yang hanya suka memberi pendapat...
anda SENDIRI meruntuhkan pendirian ANDA...
BUKTINYA...
USAHAWAN melayu yang bergelar CDM tidak MENURUNKAN HARGA apabila 
 menjual Premium Beautiful...
mereka yang gagal adalah mereka yang TAKUT dan TIDAK SABAR untuk mendapatkan KEUNTUNGAN...
sesungguhnya rezeki itu semua urusan ALLAH...
kita cuma insan kerdil yang perlu berusaha untuk memanfaatkan PELUANG yang diberikan olehNYA...
SALAM PERJUANGAN d AUWpremiumbeautiful...


Wednesday, September 7, 2011

HARI INI.....


Hidup untuk hari ini


Hidup untuk hari ini!!.. sekadar berkongsi bersama. Ia terkandung dalam beberapa bahagian dalam buku  (seperti di atas). Kenapa pentingnya menyatakan ‘hidup untuk hari ini?’. Apa istimewa?... Apa tersirat?… Ia adalah kata-kata yang perlu anda setkan pada diri untuk menjalani kehidupan dengan penuh gembira. Dalam buku ini juga turut menyatakan kiranya anda memikirkan tentang semalam yang mana mungkin semalam anda telah mengalami kegagalan, semalam ada banyak kerja yang anda tidak dapat siapkan dan hari ini bagaimana agaknya?... Tentu anda bimbang kerana hari ini masih banyak tugasan yang sedang menanti dan kerja semalam MESTI disiapkan. Kenapa tidak perlu memikirkan tentang esok? Ya…. untuk gembira jangan fikirkan tentang esok kerana esok, rutin menanti anda seperti biasa dan jadual anda masih penuh tiada ruang untuk bergoyang kaki dan bergembira. Kerja tidak pernah habis, hutang masih belum habis dibayar dan macam-macam lagi.


Jadi?... pakar psikologi di dalam buku ini menyatakan bahawa setiap hari anda fikir untuk hidup untuk hari ini, jangan fikir tentang semalam dan masa akan datang, kerana minda anda akan setkan anda terlalu banyak tanggungjawab. Cuba bayangkan beberapa tahun akan datang, harga minyak akan terus meningkat, sedangkan gaji anda masih ditakuk lama, tentu anda resah bukan?. Anda ingin membeli insurans kerana anda takut pada masa depan anda tidak mampu membayar perbelanjaan perubatan, tetapi pendapatan anda hanya mampu untuk membeli keperluan rumah sahaja. Itupun anda menyatakan pada diri “bajet, bajet, bajet, nanti tak cukup”. Maka tentu kalut hidup anda sekiranya anda terpaksa memikul perkara semalam, hari ini dan juga esok.


Happy the man, and happy he alone,


He, who can call to-day his own:


He who, secure within, can say:


“Tomorrow, do thy worst, for I have lived today.”


(How to STOP WORRYING and START LIVING:29)


Bagaimana kita boleh berfikir tentang hidup untuk hari ini sahaja, bukankah pengurusan yang strategik mesti memandang jauh?. dengan terus membacanya untuk memahami dengan lebih lanjut, dan hmmmmm… sebenarnya bagi anda yang terbeban dengan masalah dan kerisauan, maka kata-kata seperti itu akan mengurangkan beban dan anda akan lebih berasa lapang. Teringat saya akan sebuah hadis yang mafhumnya:


“beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok, dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”.


Cuba anda dalami makna tersirat hadis tersebut, bukankah ada dua perkara yang berbeza iaitu beramal seolah-olah kita akan mati esok, jadi tentu kita akan melakukan sesuatu bersungguh-sungguh tanpa memikirkan masalah lain. Perkara kedua adalah bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi. Kedua-dua perkara ini mendorong kita untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.


Bagaimana untuk menerapkan perkara seperti ini dalam hidup anda?. Tentu sukar bukan?. Anda sudah terbiasa membuat perancangan, bahkan untuk masa depan anak-anak, rumah dan sebagainya. Perancangan untuk 20 tahun akan datang, rentetan dari itu jugalah anda sering merasakan ketidakcukupan dalam segala aspek. Di saat kita rasa tertekan dengan terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan, diam sejenak dan fikirkan apa yang anda akan dan mesti lakukan esok dan tugasan hari ini selesaikan hari ini. Pengurus yang bijak tentu tahu mana tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.


Terfikirkah anda apa yang kita lakukan, harta yang kita kumpulkan bukan untuk kita. Bila kita telah meninggal kita tinggalkannya untuk anak-anak kita, suami, isteri dan saudara terdekat. Sedangkan selama ini kita kumpul, kita kejar sampai kita tiada masa untuk rehatkan minda kita. Lapangkan dada kita dan berikan ketenangan untuk diri sendiri, kita sibuk mengumpul dan memberi kesenangan kepada orang lain hingga mengabaikan hak kita.


Jika kita dapat memberi ruang dan kelapangan kepada diri sendiri tentu anda tidak begitu rungsing tentang banyak perkara. Jangan bebankan minda anda pada sesuatu yang tak pasti. Apa yang penting anda lakukan yang terbaik setiap hari sebagaimana yang anda rancangkan dan natijahnya tentu anda mendapat yang terbaik sepanjang perjalanan hidup anda.


Perkara seperti inilah yang perlu kita terapkan dalam diri agar apa yang kita lakukan adalah yang terbaik pada hari ini dan esok adalah yang terbaik pada hari tersebut. Maka, setiap hari anda akan lalui hari-hari yang penuh manfaat untuk diri dan orang tersayang. Hari-hari yang terbaik yang telah anda lakukan.



Jika anda menyedari akan hakikat kematian, pastinya hari ini tidak akan anda lepaskan.

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).” Surah Al-Baqarah ayat 28.

SALAM PERJUANGAN UNTUK TEAM AUW...


Semoga kita sentiasa manfaatkan masa yang telah diberikan untuk kita...

1) dapat memberi sedekah seikhlas hati dengan apa yang kita usahakan...

2) Sama2 memanfaatkan ilmu 9/10 yang kita amalkan bersama2 untuk kita dan generasi akan datang.... 

3) semoga kita dapat mendidik anak2 dan keturunan kita menjadi anak yang soleh dan solehah...


AMINNNN....


Sesungguhnya.....



“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Teringat saya akan satu kisah, mengenai tiga doa Rasulullah. Dua dimakbulkan dan satu tidak diperkenankan. Satu doa yang tidak diperkenankan itu adalah, Rasulullah meminta kepada ALLAH agar ummatnya tidak bermusuhan dan bertumpah darah sesama sendiri.
Nyata, keadaan sedih ummat ISLAM hari ini bermula dengan persengketaan sesama mereka.

Apabila ada orang mentertawakan, menghina, memandang jelik atau benci dengan kerja kita, padahal kita telah berusaha dengan cara yang terbaik untuk menjaga diri kita dari melukakan hati orang lain serta menganggu kehidupan manusia lain, maka sebaiknya kita biarkan sahaja mereka ini.

Orang yang mentertawakan kita, mungkin tidak nampak apa yang hendak kita capai. Malah, mereka ini berkemungkinan berhati busuk untuk menghentikan kerja-kerja kita. Hal ini kerana, jika mereka berniat baik untuk membetulkan kita, meluruskan jalan kita, dan mengislahkan kerja-kerja kita, maka jalan yang mereka ambil adalah jalan teguran, bukan hinaan dan merendah-rendahkan.

Berdiri berdebat mempertahankan diri dengan orang yang sebegini hanya akan mengurangkan kredibiliti kita. Mereka ini hakikatnya adalah orang-orang yang jahil, yang perlu untuk kita sabar dengannya dan mereka ini juga merupakan ujian dalam perjalanan kita untuk mendekati ALLAH.

ALLAH menyebut di dalam Surah Al-Furqan di dalam ayat 63, antara sifat-sifat ‘Ibad Ar-Rahman adalah,
“ Apabila orang-orang jahil menghina mereka, maka mereka mengucapkan kesejahteraan.”

Kerana, berdebat dengan mereka pun tiada guna, mereka tidak akan memahaminya kerana kejahilan mereka.
Jika mereka hendak mentertawakan kita, merendah-rendahkan kita, biarkanlah mereka. Kita teruskan kerja-kerja kita. Sesungguhnya akan tiba satu hari nanti, yang mentertawakan kita itu akan menangis, yang menghina kita itu akan terhina.

Sedikit menyentuh kata-kata mereka: “ Kita patut didik anak-anak kita dengan apa yang ada pada zaman mereka”

Memang ada hadith Rasulullah SAW yang mafhumnya lebih kurang sedemikian rupa. Tetapi saya rasa, manusia-manusia yang menggunakan kata-kata itu sudah salah ‘parking’ ayat tu.
Ayat itu bermaksud, supaya kita didik generasi akan datang, sesuai dengan cabaran yang akan mereka lalui. Bukannya kita didik mereka, untuk hanyut dengan arus kerosakan yang ada pada zaman mereka. Rasulullah SAW nampak bahawa zaman akan menjadi semakin mencabar. Maka, baginda berpesan sedemikian untuk kita mempersiapkan generasi hadapan dengan persediaan yang sesuai dengan zaman mereka, untuk mereka terus mengibarkan panji kebenaran di mana pun mereka berada.

Bukannya kata-kata itu bermaksud, untuk didik generasi hadapan dengan maksiat yang ada pada zaman itu. Kalau zaman sekarang ni orang ramai minum arak, kita pun didik anak-anak kita minum arak. Kalau zaman ini orang ramai berzina, kita pun ajar anak-anak kita berzina. Saya rasa, budak tadika pun tahu benda itu salah.

Hem… Maaf saya kata, tapi kamu wahai manusia, ternyata telah mempermain-mainkan sabda Rasulullah SAW. Kamu fikir, kamu balik ke akhirat nanti, kamu akan berdiri di hadapan siapa? Manusia kah? Kita akan sama-sama berdiri di hadapan ALLAH! Pencipta kita!

Tapi, saya tetap tidak bermaksud hendak membiarkan mereka dan meninggalkan mereka begitu sahaja. Saya, jujurnya, sesen pun tidak terasa dengan hinaan atau tomahan orang.
Mungkin seronok agaknya melihat orang yang berbuat kebaikan ini berkurangan.
Tapi saya tidak kisah. Hambur apa kamu mahu. Saya tetap hulurkan tangan saya. Saya tahu saya masih banyak perkara perlu diperbaiki. Mungkin memang saya masih ada kejelakan yang boleh mengundang tawa atau tohmahan. Tetapi saya adalah manusia yang berusaha memperbaiki diri, walaupun gagal banyak kali.
Saya yakin, ALLAH itu tidak zalim dengan hamba-hambaNya, yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya.

Dengan keyakinan ini, saya mengajak anda dan diri saya untuk kita sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi hamba ILAHI. Saya hulurkan tangan saya sentiasa. Kalau anda dari kalangan yang mentertawakan kerja-kerja sebegini, nanti bila anda rasa hendak berhenti ketawa, maka pautlah tangan saya ini. Saya sedia menanti, dan akan terus berusaha di atas jalan ini, sehingga ALLAH sendiri menyatakan henti.

Saya tidak akan cepat lemah. Saya masih ingat kata-kata guru saya.
“ Jalan ini adalah jalan yang ditaburi duri yang terpacak”
Bukan duri yang terbaring.
Kita perlu terus dan kuat dengan kerja-kerja kita.
ALLAH bersama-sama kita.
Pasti!


Tuesday, September 6, 2011

SANTAI bersama fa fa fa dil n spongebob tv9


teringat satu episod yang bercerita mengenai Normal... Kerana kerisauan yang menghantui Spongebob tentang kehidupannya yang dianggap tidak normal itu, maka Spongebob mencari jalan untuk menjadikan dirinya normal... Normal yang perkatakan adalah "pergi ke kerja mengikut waktu, melakukan rutin harian yang sama, waktu rehat yang tak berubah, perbualan yang sama setiap hari, dan pulang ke rumah pada ketetapan waktu yang ditetapkan dan bersedia untuk hari esok"

Aku memahami keadaan itu, tetapi adakah normal itu untuk semua orang? akhirnya Spongebob menyedari apa yang normal dalam kehidupan itu tidak normal baginya dan juga Patrick kerana ianya memberikan impak yang berbeza dalam kehidupan mereka berdua... Akhirnya, Patrick membantu Spongebob mendapatkan kembali kehidupan normal mereka...

Kita manusia pun dijadikan berlainan... Segala undang undang, dan panduan itu adalah rujukan kepada kita untuk kita patuh supaya kita tidak menjadi insan yang tidak terkawal, tetapi untuk menjadi MANUSIA DAN BUKANNYA ORANG, kita harus menjadi DIRI SENDIRI, iaitu apa yang menjadikan kita normal...

Pedulikan apa yang orang kata mengenai kita, kerana tiada siapa pun yang mengenali diri kita selain diri kita dengan Allah... Mungkin pada mereka diluar sana ianya suatu yang PELIK tetapi pada kita ianya sekadar pengalaman dalam kehidupan...

Kepada mereka di luar sana, aku percaya tanggapan normal itu ada pada mereka sendiri, begitu juga dengan keikhlasan hati...

"KEHIDUPAN INI BUKAN BAGAIMANA DAN  BETAPA BAGUSNYA KITA... TETAPI BAGAIMANA KITA BERUSAHA UNTUK MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK"

Monday, September 5, 2011

RAYA oh RAYE....
tahun 2011 yang paling bermakna bila raya kami DITAJA...syukur alhamdulilah....aminnnnnnnnnnn
walaupun before raye tu ade la cobaan ALLAH duga untuk kami...
memang MIRACLE la dapat beraya sebab rezeki 9/10...huhu


korang imagine macamana perasaan aku bila aku mintak tolong *bukan MINTAK $$ ok! orang yang agak senang/kaya/mewah tapi dia/mereka refused untuk membantu dan orang yang sama susah dengan aku pulak yang tiba2 datang ringankan masalah aku....bayangkan apa aku rasa..MyEm0.Comrahmat dari ALLAH....rezeki xternilai...so ingatkan diri ni...bila orang mintak tolong...kene la tolong...terutamanya yng memang betul2 percayakan kita ni...lainlah org yang tiba2 datang...mintak tolong...TAPI selama ni memang xpenah menyokong  LANSUNG....siap jaja story kt belakang kita adalah...so utk mereka yg begitu ku doakan Allah beri mereka petunjuk dan hidayah...aminnnn


ok, then kasteme AUW *a.k.a VVip Club pulak bg advanced payment takut xterrrr bayar pas rayerrr katenyerrr....siyesss lahhh.....toce2...*team AUW nnt i transfer acc yerrr ...rezeki nak raye...more & more kasteme order...weee~~ sementelah my VVip Club memang gojezz lahhh, so, dia memang puashati dan berbaloi2 dapat pakai Premium Beautiful....lagi2 da seminggu raya berlalu...ni balik pulak FULL dgn open house...memang la Premium Beautiful jadi SENJATA utama geng beauty kami...makan sedap2...body pun kene sedappppp....

xmo naek cam di pam2 pulakssss...haha...
so RUGI lahhh sape yang belum memiliki PB dan yang da ade PB tapi MALASZZZZ nak pakai....huhu
team AUW yang missed pakai!!!! nak kene rotan nihhh

sekarang memang bezz la ber bizss ngn team AUW...susah senang kita sama2...sebab bila kita minta tolong memang sebab ada masalah...bukan buat2 masalah....Aku bersyukur sebab Allah kurniakan suami, adik2 dan kawan2 yang baik hati...yang sentiasa ber BAIK SANGKA....yang paling best tahun ni cik WISH la yg beraya sakan bila semua expanses di taja oleh AUWpremiumbeautiful!!!hehe....baju raya sefamili pun ditaja...rase cam artizz lakkk...hehe*tenkiu penaja yg merangkap CEO team AUW hehehehe

kalau sape2 kat luar sana...nak rase di taja cam kami....jom join bizss suke suki nihhh...huhu
" meniaga macam TAK meniaga...
jual pun macam TAK jual...
baju dalam cam TAK macam baju dalam biasa...hehe
klu dok TENGOK dan DOAKAN kejayaan orang...
(betulkah kate2 anda tuh???atau ayat nak mengelakkkkkkkkk)
itu tanda2 kecil orang MALAS tau, tapi belum GAGAL lagi...h0h0
so...pilih le nak letakkan diri ANDA di mana..."

Bila time susah macam ni la aku kenal sape kawan sebenar dan ekceli aku selalu pikir, ade lagi orang yang berkali ganda lebih susah daripada aku,so aku kena redha dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Sabar itu penting! *hehehehe ye, aku musti kuat macam harimau kuat!!!! *aummmm!!!!MyEm0.Com 
Untuk Encik Khairul Nizam, mum n dady, adik beradik n kawan2 team AUW yang banyak bagi aku semangat, TERIMA KASIH banyak2.. semoga Allah murahkan rezeki kamu semua dan berkati hidup semua. amin. & aku mintak maaf sangat2 sebab aku selalu menyusahkan korang semua terutamanya Abang sayang!!!!
Ampunkan Sayang sebab bebankan Abang yerrrr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers