Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Friday, October 28, 2011


Hidup ini banyak benda yang tak dapat nak duga. Banyak benda yang tak mampu jangka apa yang akan terjadi esok, lusa, masa depan. Sememangnya kita mengharapkan semuanya akan lebih baik. Tapi satu perkara yang kita kadang- kadang lupa. Hidup ini ada pasang surutnya. bukan BIZNES sahaja...:):) Ada jatuh dan bangunnya. Sering kita dengar orang cakap hidup ini ibarat roda. Adakala kita di atas, ada satu ketika kita dibawah. Memang tak dapat disangkal apatah lagi untuk menafikannya. Memang hidup ini umpama roda.


Tak kira appun jadik, cekalkan hati untuk terus hidup, tabah berdiri. Memang semuanya tidak akan seperti yang aku harapkan. Hari ini kita bertemu. Mungkin esok kita berpisah. Hari ini kita berkampung mungkin esok kita bercerai. Hari ini kita berkongsi gelak tawa, mungkin esok kita berduka. Menginjak ke usia yang lebih dewasa, banyak perkara yang aku belajar. Yang paling penting....


" belajar untuk terima kenyataan walaupun menyakitkan. Belajar untuk bangun kembali, teruskan hidup walaupun saat itu hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya aku. Belajar untuk tidak mudah putus asa dan terus kuat walaupun terasa jiwa ini kosong. Aku belajar terima hakikat bahawa semuanya hanya pinjaman. Sampai masa aku harus redha. Aku harus merelakan sebuah perpisahan."

Dalam hidup ini kita kena sentiasa bersedia. Apa- apa sahaja boleh terjadi. Bukan niat untuk fikir yang bukan- bukan. Bukan niat untuk berfikiran negatif tapi itulah realiti yang harus kita terima. Kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kemungkinan untuk ditinggalkan, kemungkinan untuk gagal, kemungkinan oleh kehilangan orang yang kita sayang..Siapa yang tak takut semua itu berlaku. Siapa yang rela? Siapa yang mahu? Rela tak rela, mahu tak mahu, terpaksa kita telan walaupun peritnya hanya Tuhan yang tahu. Bila semua itu terjadi, pejamkan mata dan selalu ingat Tuhan tak janjikan hidup ini mudah tapi Dia berjanji akan selalu bersama hamba- hambaNya tidak kira dalam keadaan apapun. Saat kita terasa seperti sudah tiada siapa- siapa, selalu ingat Allah sentiasa bersama kita kerana Dia kekasih yang Paling Setia.

Ibarat sepohon pokok yang akan terus berusaha hidup walaupun daunnya berguguran setiap hari, begitu juga aku. Daun- daun yang gugur itu umpama mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Yakinlah, yang gugur pasti diganti dengan yang baru. Itu firah hidup! Yang patah tumbuh, yang hilang pasti berganti. Pasti diganti dengan yang lebih baik! InsyaAllah..


1. Berkatalah daripada kesimpulan-kesimpulan buah fikiran. Ianya lebih tepat, padat dan bererti.
-Jangan membazirkan terlalu banyak kata-kata untuk bercakap tentang sesuatu perkara. Lagi banyak bercakap lagi banyak pemohongan yang mungkin kita lakukan. Seelok-eloknya banyakkan lah diam, dan berkata bila ada keperluan. Itu lebih enampakkan yang kita bijak.

2. Hidup ini terlalu panjang bagi mereka yang meninggalkan solat, dan hidup ini pula terlalu singkat bagi mereka yang menjaga solat. Jadi logiklah mereka yang menjaga solat lebih beringat tentang saat matinya nanti.
-Bagi orang yang tidak pernah meninggalkan solat, sentiasa takut jika terlepas waktu solatnya, dia akan merasakan sepanjang harinya mesti sentiasa bersedia. Sesudah habis satu solat wajib, maka mereka akan berjaga-jaga sehingga masuk waktu selepasnya. Dan apabila masuk waktu solat itu, mereka akan berjaga-jaga dengan waktu sehinggalah mereka menunaikan solat pada waktu itu. Kitaran berjaga-jaga dan sentiasa peka terhadap waktu ini akan terus berlaku dan akan memotivasikan mereka bahawa hidup in kena sentiasa bersedia. Jika waktu solat dibahagi sama rata, maknanya setiap lebih kurang 4 atau 5 jam sekali mereka harus menunaikan kewajipan solat. Atau contoh lagi tepat adalah ketika musafir dan kita dibenarkan men-jamak-kan solat. Maknanya setiap 8 jam sekali kita harus bersedia. Mungkinkah orang yang tidak solat langsung akan sesensitif ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers