Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Wednesday, October 12, 2011

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Kawan atau sahabat yang baik menyenangkan kita. Melapangkan kita. Meraihkan kita. Hidup ini, tidak boleh tanpa seseorang yang bernama kawan atau sahabat. Dan pastinya kawan yang baik itu membahagiakan kita. Akan membuat kita tersenyum....


Tapi, tidak semua orang boleh mencari dan menjadi kawan yang baik.
Mencari dan menjadi kawan yang baik itu pastinya ada taruhannya.
Semua itu tidak akan menjadi dengan begitu sahaja tanpa sedikit pengorbanan dan usaha....
Kenapa hendak jadi manusia yang baik?
Sebab, " manusia yang baik itulah banyak memberi manfaat kepada orang lain."

Pertama –   Berusaha untuk menjadi
Kedua    –   Mencari dengan usaha

Kawan baik ini, lain orang lain definisinya. Bagi saya sendiri, kawan yang baik adalah kawan yang boleh mengingatkan anda ketika anda terlupa. Yang boleh memarahi anda ketika anda merasa degil. Yang boleh mengingatkan anda berkali-kali tentang waktu solat. Yang boleh membuat anda teringat ALLAh apabila melihat tingkah dan lakunya.....


Dan untuk mencari kawan sebaik itu, kita terlebih dahulu perlu berusaha menjadi seperti itu...
Ya, berusaha. Selepas itu baru mulakan langkah mencari.....
Macam mana? Macam biasa. Senyum.....


Apa yang penting, kita tidak boleh memulakan jalinan silaturrahim hanya semata-mata ada keinginan sahaja; ada udang disebalik batu. Jalinan yang dimulakan seperti ini, sudah tentu tidak akan kekal lama. Akan kecundang ditengah jalan.....


Antara kata-kata yang saya pegang, dari Ustaz saya..

“Sahabat yang baik adalah sahabat yang paling banyak memberi kebaikan. Sebagai contoh, anda semua keluar makan bersama. Sahabat yang baik, pasti akan terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk membayar bil makan anda semua.”


Hendak mencari kawan yang baik? Berusaha untuk melakukan kebaikan lillahi ta’ala. Yang paling banyak meringankan/membantu kawannya. InshaALLAH, ALLAH pasti tolong mempermudahkan.

~~Jaga hubungan dengan ALLAH= ALLAH jaga hubungan anda dengan manusia lain~~


Menjalin Silaturrahim Sampai Akhirat

Sebagai manusia biasa, kita semua pasti punya kelemahan. Badai dalam silaturrahim yang terjalin pasti ada. Dan sebenarnya, badai itulah yang mengeratkan lagi simpulan silaturrahim yang sedia ada. Yang penting, anda pandai menghadapi badai tersebut. Dan jangan membiarkan badai tersebut menghadapi anda!
Kita ini, kalau boleh, menjalinkan silaturrahim, jangan hanya setakat di dunia sahaja. Biar sampai akhirat sehingga ke syurga sana. Itulah baru dinamakan kebahagiaan berkekalan. Dan mengharapkan seperti itu bukan sedikit juga taruhannya. Niat yang ada, perlu diperiksa berkali-kali.


Apakah ukhuwah kita itu kerana apa?

Harta?
Paras rupa?
Atau kerana ALLAh?

Percaya tidak jika saya katakan, ukhuwah yang dijalinkan berlandaskan keimanan kepada ALLAh dan akidah, boleh mengatasi jalinan kekeluargaan yang hanya terjalin kerana aliran darah semata-mata?

Percaya? Saya percaya.
Kerana ALLAh yang membuatnya begitu.
Ingin mencari sahabat yang baik? Yang boleh berkongsi suka dan duka? Yang boleh mendengar tangis dan tawa? Maka, anda perlu terima kelebihan dan keburukan sahabat anda dengan seadanya. Anda perlu ada usaha untuk mengenalinya luar dan dalam. Anda perlu menjadi dirinya. Dan anda perlu menyelami hatinya.
Namun, itu bukanlah tiket untuk anda membiarkan sahabat anda menjadi tempat anda membuang keburukan diri anda. Dalam bersahabat itu, sebenarnya adalah mendidik diri sendiri. Anda perlu jadikan sahabat anda cermin kepada anda, dan anda cermin kepada sahabat anda....
Dapat?

Mulakan Langkah Anda Mencari Kawan Baik

Ada orang tidak suka kelihatan seperti menagih menjalin silaturrahim. Maksudnya, tidak suka kelihatan suka memulakan silaturrahim. Saya tersenyum menghadapi orang seperti ini...
Saya tahu, ade yg jenis pemalu, ego itu biasa. Namun, kita tidak boleh amalkan ego yang sebegitu.
Semua orang pasti ada ego. Adakalanya, kita kena ketepikan.

Kalau anda memerlukan bantuan orang lain, dan untuk mendapatkan bantuan itu memerlukan anda baik dengan semua orang, maka anda perlu menjadi baik dan mendekati manusia lain.
Sebenarnya, bagi saya, tidak perlu memelihara ego apabila menjalin silaturrahim.

Tidak salah sekiranya anda yang memulakan kehangatan silaturrahim tersebut. Sebagai contoh, anda mengirimkan mesej pesanan ringkas dan ayat-ayat renungan, tapi jarang mendapat balasan. Bagi saya itu tidak mengapa. Yang penting, anda ada usaha dan anda perlu yakin yang ALLAH akan membalas usaha anda pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.

ALLAh suka pada hamba-NYa yang menjalin silaturrahim.
Kepada yang sering chat dengan saya di facebook berkenalan, bertanya, saya doakan anda bertemu sahabat yang baik. InshaALLAH. Teringin pula hendak mengenal dan menjadi antara kawan anda... Senyum.

Peringatan untuk diri saya.
Dan maaf atas kekurangan yang ada... Saya hanya bermonolog mengikut tarian hati saya.
Ukhuwah sampai syurga! InshaALLAh.
Semoga ALLAh merahmati.



KaWaN BaiK- 
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Kawan yang baik akan mem'post' kan warkah dan coretan ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan ...???



sayang AUWpremiumbeautiful!!!!
mwaxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers