Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Thursday, August 18, 2011

PERKARA GHAIB...



Syukur alhamdulilah...
sepanjang menceburkan diri bersama2 suami dalam bizs ni banyak yang kami pelajari...
bagaimana....

Tanggapan org keliling tentang apa yang kami lakukan...yang mengajar kami kuat & teguh berpegang kpd kuasa Allah dan lebih dekatkan diri kami padanya... 

Nampak apa yang kami lakukan adalah sesuatu yg pelik bg org yg "biasa2" bila mana orang kata...
  • bila buat bisnes MLM terutamanya terpaksa balik mlm2 kerja cari duit tak berhenti2....SEBALIKNYA....apa yang kami dapat adalah ILMU yang takkan boleh didapati kalau tidak DICARI...namun org lebih nampak kami ni yg berpaksikan harta & kebendaan...
  • terpaksa keluar dari zon selesa dengan berusaha mencari "sales" utk keuntungan diri sendiri....SEBALIKNYA...apa yang kami dapat adalah hubungan ukhwah yg begitu erat...berganding bahu dengan mereka yang tak pernah kenal...tiba2 boleh menjadi KAWAN yang sama2 bersaing untuk menaikkan taraf hidup masing2
  • di war2 kan kami ni menjual barang yang merugikan dengan mengaut keuntungan...SEBALIKNYA...barang yang dipasarkan mendapat pengiktirafan kerajaan sendiri, SUPERBRAND dan mmg tidak boleh disangkal lagi kualitinya...Terapi FIR adalah

  •  salahsatu cara penjagaan kesihatan yang di amalkan di seluruh dunia...Sememangnya adalah lebih baik MENCEGAH dari mengubati...kerana mengubati memerlukan KOS yang lebih tinggi jika di bandingkan dengan kos PENCEGAHAN dan PENJAGAAN kesihatan...


  • dengan stategi pemasaran yang kami amalkan...ternyata kuasa MEMBELI adalah kalah...kerana kuasa MENJUAL sememangnya 9/10 rezeki Allah yang memang telah dijanjikan...siapa yang TIDAK percaya...renung2kan lah balik dan pujuk lah hati dalami ilmu Allah yang luas...bukan sekadar ilmu pada segulung kertas yang kita banggakan...
  • MENJUAL dan MENGGUNA sendiri barangan yang didagangkan memang mudah untuk di pasarkan!!! yupsss.....itulah cara terbaik kita meluaskan empayar perniagaan.... 
  • Dengan MELAKUKAN pasti kita dapat imbuhan yang telah dijanjikan Allah...bukan janji org2 sekeliling kita...itu pun perkara ghaib tu...kalau tak percaya juga...kene renung balik laaa...
  • Dengan istiqamah MELAKUKAN dan PERCAYA pilihan yang dibuat adalah BETUL...juga adalah perkara ghaib kerana jika kita lakukan atas sebab yang baik...pasti Allah beri pahala atas apa yang telah kita sumbangkan...so jangan PENAT berusaha!!!

  • Ibarat seorang guru yang yakin tanggungjawab dia yang sebenar...sehebat2 guru adalah MURABBI (bukan sekadar mengajar hanya untuk mendapatkan gaji) iaitu guru yang yakin ilmu yang disampaikan dan di ajar memberi pengajaran dan menjadi amalan yang tidak putus-putus....kerana dia percaya pada janji Allah bahawa       
  • “Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ;Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanfaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” 
  • [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
  • Jadi sejauh mana kita mempercayai perkara2 ghaib yang menguji kita...yang menjadikan kita hamba yang setiap saat ingat pada ALLAH...moga2 kita sentiasa di sisi lindungan rahmatnya...

Sedikit perkongsian tentang PERKARA GHAIB yang perlu kita percayai dari segi ISLAM untuk ingatan bersama......


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah al-Baqarah, ayat 3).Salah satu ciri orang bertakwa kepada Allah ialah beriman kepada perkara ghaib. Istilah ghaib bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai pancaindera manusia yang lima kerana ia terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya.

Walaupun tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera yang lima, manusia mengakui serta meyakini perkara ghaib dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan dalil yang boleh diterima akal sempurna seperti wujud Allah dan sifat-Nya, malaikat, hari akhirat, syurga dan neraka.
Umumnya, manusia mendiami alam semesta terbahagi kepada dua kategori iaitu pertama, manusia yang hanya percaya kepada benda nyata dan dapat dilihat saja, bahkan mereka tidak mengakui ada sesuatu yang lain di sebalik bumi yang nyata ini.

Dalam hal ini, mereka tidak percayakan ada Tuhan atau malaikat dan dengan sendirinya mereka tidak percaya adanya kehidupan lain selain kehidupan dunia yang dirasai kini. Mereka inilah terdiri daripada golongan komunis, ateis dan sosialis.

Kedua, golongan yang percaya bahawa di sebalik kehidupan dunia bersifat sementara ini, ada satu alam ghaib yang tersembunyi daripada pengetahuan manusia. Perkara ghaib itu sebenarnya berada di bawah Ilmu Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Semakin bertambah pengalaman hidup diperoleh seseorang manusia maka akan semakin bertambah mendalam kepercayaan dan keimanan seseorang Muslim kepada perkara ghaib.
Kepercayaan kepada perkara ghaib bukan hanya pada agama Islam bahkan penganut agama samawi seperti Kristian, Yahudi dan Buddha turut mempercayai perkara ghaib yang terdapat dalam ajaran masing-masing.

Setiap orang Islam yang mukalaf dan berakal waras wajib percaya atau beriman kepada perkara ghaib kerana Allah yang disembah adalah Zat yang Maha Ghaib. Zat Allah tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia sebaliknya hanya dapat dicapai dan dirasakan oleh jiwa yang beriman serta bertakwa.

Kewujudan Allah dan kehadiran-Nya akan menjadi jiwa sanubari orang beriman menjadikannya tenang dan tenteram.

Selain itu, Allah juga menciptakan banyak makhluk yang tidak dapat dilihat serta disaksikan pancaindera manusia seperti malaikat, jin dan syaitan. Ketiga-tiga makhluk itu mempunyai karektor berbeza antara satu sama lain.

Malaikat adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya, memiliki sifat atau watak tetap iaitu sentiasa taat dan patuh melaksanakan segala diperintahkan Allah. Syaitan pula makhluk yang Allah ciptakan daripada api, hakikatnya adalah musuh Allah yang selalu menggoda dan mendorong manusia supaya ingkar kepada Allah.

Oleh itu, syaitan dan sekutunya memiliki watak antagonis iaitu membisik dalam jiwa manusia supaya tidak percayakan Allah di samping mendorong mereka melakukan pelbagai kejahatan di atas muka bumi ini.

Sebaliknya, jin adalah makhluk yang Allah ciptakan daripada api juga, tetapi memiliki karektor sama dengan manusia. Dalam kalangan jin, ada yang ingkar dan kufur kepada Allah, ada pula taat dan beriman kepada Allah.

Jin pada hakikatnya tidak dapat mempengaruhi manusia kerana mereka sendiri mendapat godaan dan bisikan syaitan sama seperti manusia. Oleh sebab itulah kalangan jin ada yang beriman dan kafir.

Ketiga-tiga jenis makhluk itu adalah makhluk Allah yang hidup di alam ghaib yang memang tidak dapat dijangkau pancaindera manusia.

Termasuk dalam pengertian ghaib ialah umat Islam zaman ini beriman kepada Rasulullah kerana walaupun tidak pernah melihat atau mengenal wajah sebenar Rasulullah, mereka tetap beriman kepadanya.

Bagi orang yang beriman, dia dapat merasakan seolah-olah Rasulullah tetap hidup biar pun Baginda sudah wafat sejak 1400 tahun lalu.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepada aku; dan berbahagialah juga bagi sesiapa yang beriman pada aku sedangkan dia tidak pernah melihat aku.” (Hadis riwayat Ahmad, Tabrani, Hakim dan Bukhari)

Perlu diinsafi, matlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers