Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Sunday, July 17, 2011

siapa la yang " SONGLAP "

Percaya tak setiap orang yang bekerja, tak boleh tidak.. mesti akan dapat gaji setiap bulan. Betul?
Tak tentu jugak. Bergantung pada apa jenis kerja jugak la kan. Ada yang kerja akan dibayar bulanan, dan ada jugak yang kerjanya dibayar mengikut berapa banyak projek yang kita dapat setiap bulan. Okay.. but that is another story. Let’s focus untuk yang ada pendapatan bulanan tetap je dulu ye.
Dalam senyap.. setiap kali kita dapat gaji at the end of the month, pasti akan ada tangan-tangan ghaib yang duk perati je amount yang kita dapat. Tak sabar-sabar nak pow duit gaji kita. Tak percaya? Keep on reading ya..
Persoalan pertama, berapa gaji anda sekarang ni?
Anda fresh graduate ? Okay.. andai katalah anda ni fresh grad.. anggaran gaji kebiasaanya ialah dalam lingkungan RM1800 ~ RM2,700. Oh tapi nak dapat yang RM2,700 tu pun bukan senang. Bergantung jugak pada bagaimana anda bawak diri masa interview dan company mana yang hire anda.
Kebiasaannya akan dapat dalam RM1,800 setiap bulan. Lulusan ijazah sarjana muda boleh dapat RM1800 bila mula bekerja, which is orang yang ada kelulusan SPM sahaja pun boleh dapat amount yang sama. This is not a joke!
Belum pun sempat anda lihat RM1800 tu masuk dalam akaun bank anda, KWSP atau EPF dah siap-siap songlap duit anda. Setiap bulan mereka songlap duit anda dengan kebenaran dan kerelaan anda pulak tu. Ye la.. untuk kegunaan masa tua konon-kononnya.

source : joystickdivision.com
Tak cukup dengan KWSP, SOCSO pun join venture songlap duit anda jugak. Seronok kan mereka berdua ni. Anda belum rasa duit gaji anda bulan tu, mereka dah kebas dulu siap-siap.
Caruman KWSP adalah caruman bersama pekerja dan majikan, dimana pekerja mencarum sebanyak 11% manakala majikan mencarum bagi pihak pekerja sebanyak 12%. Peratus keseluruhan menjadi 23%. Siapa setuju kalau kesemua 23% ni hanya diwajibkan pada pihak majikan sahaja?
Untuk kebanyakkan orang, memang satu kebiasaan kalau duit gaji ditolak untuk dua agensi tadi. Tapi ada jugak yang suka buat investment tambahan, yang buat autodebit setiap bulan untuk caruman dengan insurance dan unit trust!
Autodebit adalah merupakan arahan tetap dimana kita mengarahkan pihak bank memotong satu jumlah tertentu dari duit gaji kita, pada tarikh tertentu kepada individu atau syarikat tertentu bagi tujuan membuat pembayaran yang tertentu. Okay faham kan?
Bagi yang berhijrah sepanjang bekerja ni lagilah banyak benda nak kena fikir. Tempat tinggal, makanan, bil-bil utiliti pendek kata serba-serbi yang sebelum ni di payung oleh famili terpaksa ditanggung sendiri. Dari mana lagi sumber nak bayar kalau bukan dari duit gaji.
Untuk ke tempat kerja pun bukan percuma.. alam pekerjaan ni lah kita banyak terdedah untuk membuat perbelanjaan yang sebelum ni kita mungkin tak terfikir nak belanja. Pengangkutan ke tempat kerja itu pasti. Itu belum kira kalau ada kenderaan sendiri.
Kalau ada kereta, lagilah tak keruan jadinya.. Mana nak fikir nak bayar duit minyak la, duit tol, duit maintenance & service, road tax, saman lagi dan yang paling tak boleh nak lari.. duit parking. Walaupun tak pakai kereta tu, tetap kena bayar dekat pakcik jaga parking. Oh syok kan ada kereta?

source: myvi.com.my
Nampak je macam tak ada pape, padahal kereta pun antara agen songlap duit gaji terbesar jugak. Kalau kereta baru keluar, sah-sah duit installment bulanan masih nak kena bayar.  Berani beli berani lah bayar kan.. apa nak kesah? Janji puas hati.. Bukan hati korang yang puas, tu ha orang yang jual kereta yang puas sebenarnya.
Untuk tujuan transport sahaja, boleh jadi hampir separuh dari duit gaji kita boleh fly macam tu je. Even kalau naik public transport pun belum tentu ia murah lagi memudahkan.Tetap kena consider jaringan pengangkutan yang menghubungkan tempat kediaman dan tempat kerja jugak.
Seterusnya, sedekah dan amal jariah kita kena buat jugak. Tak boleh lah nak jadikan alasan.. gaji tak banyak, sedekah jadi tak layak. Tak boleh macam tu ya.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Al-Baqarah 215
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. Al Baqarah 274
Apa pun, jangan susahkan diri sendiri dengan membiarkan diri kita develop habit dan perangai yang tak baik. Sampai sekarang saya masih lagi tak nampak dekat mana baiknya rokok dan judi. Kenapa orang suka hisap rokok yang terang-terang membahayakan kesihatan dan jugak berjudi yang sah-sah tak akan menang.
Selalunya, lepas je settle bahagian-bahagian yang crucial, barulah kita ada lebihan untuk kegunaan peribadi. Berbelanja sakan. Tengok wayang, shopping, pakaian baru, beg, makan luar di fast food restaurant, top up prepaid dan banyak lagilah. Anda sendiri tau tak kenapa manusia di seluruh dunia suka membeli?
Yang terakhirnya, kalau ada couple.. lagilah masalah.. dating tu bukan murah. Kalau tak jadi kahwin lagi membazir je. Baik kahwin dulu dating kemudian.
Hai.. sudahnya macam mana? Walaupun kita tau setiap bulan siapa yang songlap duit gaji kita.. tapi kalau kita tak buat something alamatnya setiap bulan bakal rasa benda yang sama.

Any happy ending?
********************************************************************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers