Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Thursday, November 10, 2011

Salam AUWpremiumbeautiful d Aidil Adha...



Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban bagi masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatan. Semua maklum, susur galur kisah sirah yang hebat ini tanpa perlu saya huraikan panjang lebar. Tidak dapat dinafikan, hanya dengan keimanan yang tertinggi, mampu membawa kepada pengorbanan yang agung ini.

Berkorban...Satu manifestasi keimanan yang sangat tinggi kedudukannya dalam diri seorang Mukmin. Hakikatnya, setiap insan pasti akan berkorban. Persoalannya adakah pengorbanan itu adalah bukti keimanan, atau pengorbanan yang menjurus kemungkaran dan maksiat kepada Allah Taa’la?
Melihat gelagat orang keliling, masing2 punya agenda dan kemahuan sendiri untuk hidup...
Macam2 telatah manusia dan persepsi mereka mengenai bisnes....mengajar diri erti sebuah kehidupan...
siapa sebenarnya kita dan hebatnya kita yang tenang menghadapi kata-kata panazzz yang lahir atas ketidakpuashatian mereka kerana gagal mendapatkan apa yang di mahukan...sumpah seranah adalah biasa bg mereka yang tercari2 siapa DIRI mereka yang sebenar...

Manusia kadangkala hipokrit dan sengaja menyembunyikan diri mereka sebenar...berani hanya bila berkata-kata dan menuduh untuk kepentingan mereka sendiri...istilah KAWAN hanya sebagai topeng yang di hias oleh watak2 mereka sendiri...hakikatnya cuma muncul bila kita nampak senang dan berjaya...kononnya merekalah di sebalik kejayaan yang diraih...hanya tuhan je yang tahu...siapa sangka rupanya itulah permainan manusia...Namun Allah itu maha kuasa...memberi taufiq dan hidayah pada hambanya...syukur alhamdulilah...itulah mereka pencuri impian yang hanya datang di kala gemilang dan hilang entah kemana di kala diri jatuh tersungkur...Kerana minat dan semangat, pengorbanan jiwa menghadapi golongan manusia seperti ini bukanlah penghalang.

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini
1) tidak ada lidah dan tidak ada hati
2) ada lidah tetapi tidak ada hati
3) mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
4) yang dijak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib)**
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani


Cuti Aidil Adha tahun ini yang jatuh pada hari ahad...ramai yang ambil kesempatan pulang ke kampung bersama keluarga...bagi kami, raya qurban kali ini pulang ke Tg karang, Selangor setelah raya puasa di Muar, Johor...kira adil la juga untuk kedua2 pihak...trafik memang sesak berjam2 dan terpaksa mengambil jalan panjang yang lebih tenang...Alhamdulilah sampai dengan selamat.

Bagi kakitangan awam dan mereka yang punya cuti...memang bercuti sakan lebih2 lagi dengan cuti peristiwa sekolah ada yang hingga hari selasa 8nov..bagi yang tak dapat cuti...'terpaksa' bekerja walaupun sepatutnya aidiladha adalah pengorbanan...hurmmm...kadangkala pelik juga dengan persepsi manusia di luar sana..'kerja' dan 'terpaksa' menjadi point utama untuk meng iya kan pengorbanan mereka...

Bertitik tolak pada DIRI SENDIRI...apa saja yang kita lakukan adalah atas kehendak dan kemahuan kita sendiri...tak payahlah mengatakan 'terpaksa'...untuk menutup kelemahan pada diri...akhir zaman ni...memang kita di kelilingi oleh orang2 yang terlalu 'bangga' dengan apa yang mereka 'terpaksa' lakukan...masa 24jam yang Allah beri dikatakan tak cukup...bangga dengan 'sibuk' a.k.a busy....  

Tidak kira apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini, hakikatnya setiap perkara memerlukan pengorbanan. Demi mengejar nama di bidang sukan lumba motosikal, seorang penunggang Honda, Marco Simoncelli mati di atas trek perlumbaan. Demi mengejar ijazah, seorang pelajar berkorban berpisah dengan keluarga tersayang, gigih mengulangkaji pelajaran mengurangkan rehat, tidur dan makan. Demi kerjaya, seorang pekerja sanggup keluar awal pagi dan balik lewat malam..TAPI jika terlibat dengan perniagaan...pengorbanan itu dianggap 'pelik' dan melanggar etika hidup dari kebiasaaan...itulah insan yang LUARBIASA dan memang susah nak cari kerana hanya mereka yg punya hati tahu erti sebenar sebuah 'pengorbanan'

Masakan demi mengejar syuga Allah yang Mulia itu, kita hanya mengharapkan amal kerdil yang tidak menuntut pengorbanan?. Mengapa begitu sukar berkorban untuk amal kebaikan?

Lebih sukar mengajak seorang sahabat menghadiri majlis ilmu dan program-program berbentuk kebaikan berbanding mengajak mereka makan-makan dan jalan-jalan. Sedangkan makan-makan dan jalan-jalan juga menuntut kita mengeluarkan modal. Mengapa?

Kerana untuk melangkah setapak menuju kebaikan, adanya tarikan nafsu, bisikan syaitan dan kecenderungan peribadi yang perlu dilepaskan. Sedangkan, banyak ajakan-ajakan di luar sana yang selari dengan keinginan kita, lantas pengorbanan material bukanlah penghalang. Ternyata, mengorbankan al hawa’ adalah pertarungan yang jauh lebih sukar.

Belenggu utama umat islam hari ini adalah masalah dalam meletakkan prioriti amal. Bukanlah salah untuk meraikan diri sendiri dengan melakukan apa yang kita suka. Namun, mengapa begitu sukar memberikan masa, tenaga, wang dan mengorbankan kecenderungan peribadi demi melakukan sesuatu yang kita yakini manfaatnya lebih besar untuk kehidupan akhirat, yang jauh lebih kekal. Semoga Hari Raya Qurban yang kali ini, bukan sekadar menjadi satu titik dalam kalendar umat Islam, malah hakikat pengorbanan itu benar-benar kita hayati dan tegakkan di dalam diri.

Wahai pembaca budiman,

Korbankanlah nafsumu, kerana disitulah kemanisan iman.

Belajarlah berfikir untuk umat kerana itulah bukti keimanan

Tinggalkanlah keraguan dalam memilih jalan kebaikan.

Biasakanlah dengan kesusahan melawan pelbagai tarikan jahiliyyah

Berkobanlah, kerana itulah yang dituntut oleh agama Allah.....



SALAM PERJUANGAN...
AUWpremiumbeautiful.....:):)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers