Blogger Layouts


TER...lalu sibuk... hati teringin..... KURUS... cantik....!!!! ( please fill form - interested n serious buyer only) CALL @ SMS : auw @ hidaya 012-4499336 , giha 016-6651152 , kama 012-5029369, Anem 017-6090873 , Maria 012-2046508, Musliha 019-3661096, Shima 019-6676650, Nurul 012-4780765, Syasya 019-2662639, C'Ani 013-3388492, Lin 019-3258628



email : pb_hidaya@yahoo.com Fax : 03-33923581 alwayz freelance @ klang valley, Selangor, putrajaya, n9, malacca, johore......

AUWpremiumbeautiful

kawan2 yg d hormati....if u all terlalu inginkan badan cantik dan sihat...sehingga kini masih tercari2 dan sudah berhabis untuk KURUS...diharap blog ini dapat membantu...AUWpremiumbeautiful sentiasa sedia untuk anda...memberi info dan berkongsi tips untuk cantik dan sihat....sememangnya berbaloi2 dan value untuk wang anda


apa2 komen amat di alu2kan.......bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami..........Thanxxx 4 ur support...



kurus + cantik + sihat + senyum + relaxxxx = arrrrgggggggghhh @ :) :) :)
~~~up 2 u~~~

WEBSTAGRAM

fb

AUWpremiumbeautiful™

Sunday, October 16, 2011

buat AUWpremiumbeautiful vvip club!!!


Orang yang berjaya cantik akan dimusuhi orang yang gagal untuk cantik dan malas...

Orang hebat akan dimusuhi oleh orang tidak hebat.
yang sabar akan dimusuhi yang dengki... 
yang TENANG akan dimusuhi yang JIWA KACAU...hehe. 


Apa nak hairan, sifir kehidupan memang macam tu. Baik lawannya buruk, neraka lawannya syurga. Kalau anda baik dan anda dimusuhi orang jahat, itu biasa sebab memang kerja orang jahat memusuhi orang baik. Selalunya orang jahat bergabung untuk bermusuh dengan orang baik.

Kalau anda berjaya berdiri di puncak, kemudian anda dimusuhi orang, apa nak hairan, memang manusia gagal akan bertindak begitu. Jarang orang gagal belajar dari kegagalannya. Jarang orang gagal mahu membina kejayaan setelah menempuh kegagalan, sebaliknya memang ramai orang gagal sakit hati dengan orang berjaya dan akan cuba melakukan bermacam-macam perkara untuk menggagalkan orang berjaya itu.

seorang peniaga pasar malam sakit ditimpa sakit misteri dan dia mengesyaki orang yang menyebabkan dia sakit adalah rakan niaga di pasar malam yang sama. Masalahnya sebab dia seorang yang lebih berjaya berbanding rakan niaga tadi. Maka dia pun dimusuhi kerana kejayaannya itu.
Apa nak hairan, memang kebanyakan manusia berperibadi rendah akan berbuat seperti itu untuk naik mengatasi saingannya.

Seorang guru cemerlang akan dimusuhi oleh guru tidak cemerlang. Seorang pengetua terbilang akan dimusuhi oleh pengetua tidak terbilang. Seorang kaunselor yang boleh menyebarkan khidmatnya secara meluas akan dimusuhi oleh kaunselor yang terbatas bidang tugasnya.

Apa nak hairan, memang manusia begitu. Jarang hendak memperbaiki diri dan bersaing secara sihat, sebaliknya mencari jalan bagaimana hendak jatuh menjatuhkan.

Seorang rakan memberitahu saya, suatu hari tatkala dia sedang makan sotong sumbat di sebuah kedai, tidak semena-mena keluar beberapa ekor ulat dari sotong sumbat itu dan ulat-ulat itu hidup. Macam mana boleh ada ulat, sedangkan sotong itu masih panas lagi?

Perbuatan siapakah ini? Apakah perbuatan orang yang sama cemerlang atau mereka yang jauh ketinggalan? Jarang orang yang cemerlang ada masa untuk melakukan berbagai-bagai perkara untuk melingkupkan perniagaan orang lain, tetapi selalu berlaku orang yang ketinggalan ada banyak masa untuk jatuhkan orang cemerlang itu.

Jika hal semacam ini berlaku ke atas diri anda, usahlah kecewa, sebab memang manusia itu macam-macam. Sejak dulu hingga kini, dunia terpaksa menyimpan orang tidak cemerlang untuk sama-sama melata diatasnya bersama-sama orang yang cemerlang.

Orang tidak cemerlang tidak akan suka buat apa yang dilakukan oleh orang cemerlang.
Maka orang tidak cemerlang ini akan melakukan bermacam-macam perkara yang bertentangan. Dia akan menggunakan bermacam-macam saluran untuk menjatuhkan anda. Dia akan menggunakan saluran internet, SMS broadcasting, akhbar, risalah, malah dari mulut ke mulut.

Apa nak hairan sangat, manusia gemilang lawannya manusia keciciran. Biarlah mereka terus tercicir dengan pelbagai hal yang bakal menambahkan lagi dosa mereka sedang anda menerima pahala percuma atas perbuatan mereka.

Mengapa perlu sakit hati sangat? Tidak perlu, teruskan kerja anda, sampai ketikanya nanti anda semakin berada di puncak sedangkan dia semakin jauh di jurang yang dalam.




ORANG CEMERLANG AKAN DIMUSUHI ORANG TIDAK CEMERLANG.
ORANG BERJAYA AKAN DIMUSUHI OLEH ORANG YANG TIDAK BERJAYA.ORANG CERDIK AKAN DIMUSUHI ORANG TIDAK CERDIK.ORANG BAIK AKAN DIMUSUHI ORANG TIDAK BAIK.



Kredit: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers